BARU-BARU ini, tular di laman Tiktok @li0ng_bulan yang berkongsi informasi tentang sebuah rancangan realiti yang mengkehendaki para pesertanya melalui cabaran berendam ais untuk memantapkan kemahiran mereka.

Kesemuayang mengambil bahagian merupakan model berpotensi yang bakat mereka sedang digilap.

Baca juga Elak bawa ke pawagam, doktor dedah 4 risiko terhadap kesihatan bayi

Namun, pendekatan itu nampaknya menerima reaksi pelbagai apabila terdapat peserta yang menggigil kesejukan sehinggakan mereka mengalami kesukaran untuk berdiri.

@li0ng_bulan Reply to @angkadualima #intm #intm_nettv #intmcycle2 #intmupdate #intm2022 #indonesianexttopmodel ♬ original sound – Vanilla Ice – Liong Bulan

Bahkan, ada juga model yang rebah beberapa saat sebelum pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh sekumpulan ahli medik.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa tidak senang lantaran khuatir peserta boleh terkena hipotermia.

Apa itu hipotermia? Menurut Hello Sehat, ia merupakan suatu keadaan ketika suhu badan seseorang menjadi rendah sehingga boleh mencapai angka di bawah 35 darjah celsius.

 

Suhu yang terlalu rendah boleh membuatkan jantung, sistem saraf dan organ tubuh lain tidak dapat bekerja secara optimum sehinggakan individu boleh mengalami koma atau kematian.

Terdapat beberapa penyebab hipotermia boleh berlaku. Antaranya:

i) Menggunakan pakaian yang nipis ketika cuaca sejuk.

ii) Terlalu lama berada di luar ketika cuaca sejuk atau sedang hujan lebat.

iii) Tidak berpindah ke tempat yang panas atau menggantikan baju ketika sejuk disebabkan kebasahan.

iv) Penyaman udara yang terlalu sejuk.

v) Pengambilan ubat atau keadaan yang membuatkan respon badan terhadap kesejukan terganggu.

Seandainya, anda atau orang sedang berada dalam situasi berkenaan, terdapat beberapa langkah yang boleh membantu.

Iklan

i) Pindahkan mereka ke tempat yang lebih panas, kemudian baringkan individu di atas selimut atau permukaan panas.

ii) Lindungi individu daripada terkena angin. Tutup bahagian kepala tanpa menutupi mukanya.

iii) Sekiranya baju individu basah, segera tukarkan pakaiannya. Jika perlu, potong pakaian itu untuk elakkan gerakan yang berlebihan.

iv) Gunakan kain yang hangat dan kering pada leher, dada atau pangkal peha sahaja. Jangan gunakan pada bahagian tangan atau kaki.

v) Pantau pernafasan. Jika nafas terhenti atau lemah, segera lakukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).

Iklan

Baca juga Meninggal dunia akibat penyakit refluks gastrik timbul tanda tanya. Ini yang ramai perlu tahu

vi) Jika individu yang mengalami hipotermia masih sedar dan boleh menelan, berikan minuman suam yang manis tanpa kafein untuk membantu memanaskan badan.

Bagi SinarPlus, tidak kisah apa cabaran yang mahu diberikan kepada mana-mana peserta untuk sesebuah rancangan, tetapi janganlah sampai memudaratkan orang lain.

Ingat, hipotermia boleh membawa maut! Banyak lagi ‘benda’ lain yang boleh dilakukan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.