SATU perkara yang kerap melanda ibu hamil adalah masalah bengkak kaki dan disebabkan itu, ramai yang mahu mencari tip untuk atasinya.

Menurut American Journal of Physical Medicine dan Rehabilitation atau Association of Academic Physiatrists tahun 2014, kehamilan sememangnya boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kaki dan biasanya terjadi pada kehamilan pertama.

Pun begitu, bakal ibu jangan bimbang! SinarPlus akan kongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meredakan bengkak pada kaki.

1. Minum air dengan banyak.


– Minum sekurang-kurangnya 10 gelas sehari supaya buah pinggang dapat membuang toksin dalam badan.
– Boleh juga tambahkan pudina, lemon dan madu atau perasa semula jadi untuk memberikan rasa yang berbeza.

2. Elakkan memakai stoking dengan getah yang ketat di bahagian atas.
– Stoking yang ketat boleh menyebabkan kaki lebih bengkak kerana menghalang pergerakan aliran darah.
– Ia juga boleh meningkatkan risiko pembekuan darah terutamanya wanita hamil yang mempunyai masalah kesihatan.

Baca juga Hamil enam bulan, Mona Allen bakal bergelar ibu

3. Melakukan senaman ringan sehar selama 30 hari.
– Yoga atau berenang adalah pilihan senaman ringan yang baik untuk wanita hamil.
– Ia berkesan untuk mengawal peredaran darah supaya tidak terkumpul pada kaki dan mengawal cecair badan berlebihan.

4. Memakai kasut yang selesa.
– Kasut yang selesa boleh mengurangkan bengkak pada kaki dan sakit belakang.
– Laman web American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan kasut bertumit rendah dan mempunyai lengkungan.

5. Tingkatkan pengambilan kalium.
– Kurang pengambilan kalium boleh menyebabkan kaki bengkak. Hal ini kerana kalium bertanggungjawab untuk mengimbangi cecair dalam badan.
– Sekiranya nutrien itu tiada dalam badan, maka pengumpulan cecair akan lebih banyak.
– Ibu hamil juga disarankan mengambil vitamin tambahan.
-Selain itu, boleh juga mengambil makanan yang mempunyai sumber potassium seperti kentang dengan kulit, pisang, bayam, ubi keledek dengan kulit, kacang, buah markisa, delima dan yogurt.

6. Rendam kaki dengan garam Epsom.

Iklan


– Merendam kaki selama 15 minit boleh mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan pada kaki.
– Mandi dengan air masin juga boleh membuatkan badan lebih rehat dan tidur lebih lena. Boleh juga tambahkan minyak aromaterapi seperti rosemary, pudina dan lavendar.
– Portal Cleveland Clinic, Amerika Syarikat menyatakan, garam Epsom adalah salah satu garam dengan kandungan mineral semula jadi seperti magnesium dan sulfat.

7. Angkat kaki sehingga melebihi jantung anda semasa membaca dan menonton televisyen.
– Menaikkan kaki ke kedudukan melebihi paras jantung semasa membaca, menonton televisyen atau aktiviti lain boleh melancarkan peredaran darah.
– Kedudukan badan itu juga boleh mengurangkan tekanan pada saluran darah.
– Caranya, letakkan bantal di bawah kaki untuk menambah keselesaan ketika mengangkat kaki. – – Lakukan kedudukan itu selang 15 hingga 20 minit setiap kali duduk dan berehat.

8. Kurangkan pengambilan kopi
– Pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan kaki bengkak dengan teruk, bahkan ia boleh membahayakan kandungan.
– Kafein bersifat diuretik dan boleh menyebabkan anda membuang air kecil lebih banyak. Jadi, badan akan cuba mengekalkan banyak cairan yang membuatkan kaki menjadi bengkak.

Iklan

Justeru, kepada ibu hamil di luar sana, kami sudah senaraikan banyak petua.

Cuba satu persatu, mana tahu masalah bengkak kaki ada akan berakhir.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI