BARU-BARU ini, perkongsian Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tentang bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang menderita penyakit demensia mendapat perhatian ramai.

Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa keadaan kesihatan bapa mertuanya semakin merosot kerana tidak berupaya untuk mengingati nama ahli keluarga terdekat termasuk dirinya dan isteri.

Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang penyakit berkenaan, demensia merupakan satu keadaan seseorang hilang keupayaan untuk mengingat, berfikir dan tidak boleh membuat keputusan sehingga mengganggu aktiviti harian.

Kelazimannya, krisis kesihatan itu sering melanda kepada mereka yang berumur 65 tahun ke atas.

SinarPlus merujuk informasi daripada laman web Alzheimer’s Disease International untuk mendapat penjelasan lanjut.

Menurut penulisan berkenaan, setiap tiga saat akan ada seseorang yang menghidap demensia di dunia ini.

Secara keseluruhan, statistik global mencatatkan lebih 55 juta orang disahkan menghidap penyakit tersebut pada tahun 2020.

Baca juga: Usia masih muda tapi cepat lupa, 5 makanan mampu tingkatkan daya ingatan

Peningkatan jumlah pesakit kebanyakan berlaku dalam populasi warga tua di China, India, Asia Selatan dan Pasifik Barat.

Meskipun, angka yang memaparkan jumlah kes demensia yang agak menggerunkan, tahap kesedaran terhadap penyakit berkenaan masih rendah dalam kalangan masyarakat, kata laman web berkenaan.

National Institute of Health, Amerika Syarikat telah menyenaraikan empat jenis demensia yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tertentu. Berikut huraiannya:

i) Penyakit Alzheimer: Berlakunya mendapan protein yang tidak normal lalu membentuk plak amiloid dan kekusutan tau pada seluruh otak. Tau ialah protein yang membuat mikrotubula menjadi stabil dan terdapat sangat banyak pada neuron di dalam sistem saraf pusat dan jarang terdapat di lokasi lain.

ii) Demensia frontotemporal: Jumlah atau bentuk protein tau dan TDP-43 yang tidak normal terkumpul di dalam sel saraf di lobus hadapan dan temporal.

iii) Demensia lewy bodies: Mendapan protein jenis alpha-synuclein yang tidak normal dipanggil lewy bodies telah menjejaskan bahagian penyampaian bahan kimia otak.

iv) Demensia vaskular: Merupakan keadaan pembekuan darah yang mengganggu aliran darah di dalam otak.

TANDA-TANDA

Bagaimana untuk mengetahui seseorang bakal mendapat demensia? Bagi menjawab persoalan itu, SinarPlus merujuk Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

Terlebih dulu, CDC menerangkan, penyakit berkenaan bukanlah satu keadaan yang normal dalam proses penuaan.

Iklan

Kata mereka, tanda-tanda seseorang bakal mempunyai masalah berkenaan adalah berbeza-beza.

Namun, rata-ratanya akan berhadapan dengan masalah seperti ingatan, perhatian, komunikasi dan pertimbangan.

Berikut beberapa gejala yang benar-benar menjurus ke arah demensia:

i) Sesat di kawasan kejiranan yang begitu dikenali.
ii) Menggunakan perkataan yang jarang disebut untuk menunjukkan objek yang biasa.
iii) Terlupa nama ahli keluarga atau rakan terdekat.
iv) Terlupa akan kenangan lama.
v) Tidak berupaya untuk menyelesaikan tugasan secara berdikari.

Kebanyakan kes demensia tidak boleh dirawat, tetapi ada ubat yang boleh membantu otak dan mengawal simptom seperti kebimbangan atau perubahan tingkah laku.

Iklan

Kepada anda yang mempunyai ibu bapa yang menunjukkan ciri-ciri demensia, bawa mereka dapatkan rawatan dengan segera.

Walaupun ia tidak boleh disembuhkan, tetapi pemberian ubat-ubatan yang lain akan membantu mencegah kondisi mereka menjadi lebih teruk.

Baca juga: 1 daripada 14 warga tua usia lebih 65 tahun alami demensia. Ini penjelasan pakar

Baca juga: Ibu anak satu copet wang pesakit demensia untuk kahwin baharu, bercuti dan beli barang mewah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan