Pencinta kucing wajib tahu apa itu parvovirus. Kalau biarkan boleh bawa maut!

BAGI seorang pencinta kucing, haiwan berkenaan tak lagi diibaratkan sebagai binatang peliharaan, tetapi ia sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Sekiranya apa-apa berlaku kepada si comel itu, pasti tuan mereka tak senang duduk.

Siapa je yang sanggup melihat si manja yang suka berkepit dan aktif tiba-tiba sahaja mendiamkan diri dan tak bermaya.

Bukan apa, takut si bulus itu ditimpa penyakit kritikal.

Kalau diikutkan trend, penyebab kepada kematian kucing adalah disebabkan jangkitan virus.

Kredit foto: Pixabay

Perkara itu dapat dikukuhkan lagi dengan perkongsian TikTok milik Dr Zawani Animal Clinic yang menyatakan terdapat satu jenis virus yang sering menjangkiti kucing iaitu parvovirus.

Beritahu mereka, sekiranya haiwan peliharaan itu dijangkiti virus jenis itu, ia boleh mengakibatkan kematian.

Merujuk Pets.WebMD, parvovirus terjadi disebabkan oleh feline parvovirus dan ia merupakan penyakit yang paling kerap terjadi pada kucing yang berusia di antara tiga hingga lima bulan.

Baca juga: DIY cat feeder untuk kucing jalanan. Boleh praktikkan jika nak balik kampung. Modalnya, guna botol mineral jer. Mudah & praktikal!

Kredit foto: Elias G

Tambah laman perubatan tersebut lagi, virus itu boleh tersebar melalui persekitaran.

Justeru, adalah penting untuk tuan punya kucing mengambil pendekatan untuk memisahkan di antara anak kucing, kucing yang sakit atau kucing yang tidak divaksinasi supaya ‘mereka’ tidak menghidap penyakit berkenaan.

Dalam pada itu, Dr Zawani Animal Clinic juga berkongsi informasi tentang simptom-simptom parvovirus.

Antaranya cirit birit, muntah, tiada selera makan dan tidak aktif.

Menambah perincian, sumber itu berkata, terdapat satu cara untuk mencegah permasalahan tersebut iaitu dengan mengambil suntikan vaksin.

Sekiranya tak dapat nak elakkan juga, berikut kaedah untuk merawat kucing yang terkena jangkitan parvovirus yang dikongsi Dr Zawani Animal Clinic:

Kredit foto: Nothing Ahead

i) Mengasingkan kucing yang dijangkiti parvovirus sehingga benar-benar sihat.
ii) Bersihkan sangkar dan rumah kucing dengan bancuhan air yang telah dicampurkan dengan pembersih clorox.
ii) Basuh tangan anda dengan bancuhan clorox dan air selepas menyentuh kucing yang dijangkiti virus berkenaan.

Pasti ada di antara kalian yang terfikir bagaimana persekitaran boleh menyebabkan si comel dijangkiti parvovirus.

Iklan

Bagi menjawab kemusykilan itu, Oyen.my ada penjelasannya.

Parvovirus kata laman web itu, mulai menjangkiti kucing secara langsung melalui sentuhan dengan kucing yang telah dijangkiti atau menerusi air kencing, najis atau cecair hidung.

Bukan itu sahaja, manusia juga boleh menjadi punca penyebaran berlaku.

Kredit foto: piers olphin

Seperkara yang semua kena tahu, virus berkenaan boleh disebarkan melalui makanan, mainan, tempat tidur, pinggan dan mangkuk yang dikongsi bersama-sama kucing yang lain.

Haaa… kepada kalian yang ada membela kucing, jangan pernah bertindak sembarangan dalam mengendalikan haiwan jinak itu.

Sekiranya si bulus anda mengalami gejala-gejala seperti yang dinyatakan, jangan berlengah dan segera bawa mereka ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan

Baca juga: 4 destinasi tarikan si bulus, pengunjung siap boleh sumbang dana untuk keperluan kucing memerlukan

Baca juga: Jutawan wanita sanggup makan makanan kucing dalam tin gara-gara berjimat

Kredit foto utama: Alexandra Bakhareva

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi