SEPERTI yang dilaporkan SinarPlus sebelum ini, selepas virus Covid-19 membadai dunia, muncul pula virus zoonotik yang dikesan di wilayah Timur, China.

Dikenali sebagai virus Langya atau Langya Henipavirus (LayV), ia merupakan salah satu kuman dalam keluarga Henipavirus sama seperti virus Nipah dan Hendra.

Difahamkan, virus yang menjangkiti manusia itu disebabkan oleh tikus liar.

Lantaran itu, ia telah menyebabkan seramai 35 orang penduduk dari wilayah Henan dan Shandong dijangkiti strain tersebut.

Ledakan virus Langya telah membawa kepada satu kajian bertajuk A Zoonotic Henipavirus in Febrile Patients in China, lapor The New England Journal of Medicine.

Memetik kenyataan kajian itu, kelompok kuman boleh menjangkiti manusia dan komplikasinya boleh membawa maut.

Baca juga: Virus Covid-19 tidak merebak melalui susu ibu, doktor dedah cara penyusuan

Bagaimanapun, mereka yang telah dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda yang berbahaya.

“Daripada 35 orang, 26 daripadanya dijangkiti virus LayV, tanpa patogen lain. Kesemua pesakit memperlihatkan gejala seperti demam, keletihan, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala dan muntah,” katanya.

Tambah kajian itu lagi, di antara 25 haiwan liar kecil yang dikaji, RNA LayV kebanyakannya dikesan pada tikus iaitu sebanyak (71 daripada 262 atau bersamaan 27 peratus).

Meskipun virus telah menjangkiti manusia, tetapi tiada tanda ia tersebar di dalam komuniti, bahkan penyakit berjangkit itu bersifat sporadik (penyakit yang hanya terjadi pada suatu ketika atau di suatu tempat terpencil).

Setakat ini, menurut laporan Independet UK pula, tiada vaksin untuk virus berkenaan.

KAJIAN TERHENTI, KES MENINGKAT

Iklan

Seberapa bahaya virus Langya? Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus itu yang biasa ditemui pada kelawar boleh membawa kepada masalah pernafasan teruk seperti Covid-19.

Berdasarkan satu penelitian yang diterbitkan sebelumnya, Langya pertama kali telah menjangkiti manusia pada tahun 2019.

Namun, pada Januari dan Julai baru-baru ini, para penyelidik di Institut Mikrobiologi dan Epidemiologi, Beijing tidak menemukan lagi jangkitan virus Langya.

Iklan

Justeru, mereka telah menghentikan usaha itu untuk memfokuskan kepada penyebaran virus Covid-19. Bagaimanapun, apa yang terjadi sekarang, beberapa kes telah dicatatkan.

Seperti kajian A Zoonotic Henipavirus in Febrile Patients, menurut WHO, gejala yang paling umum bagi virus itu adalah demam diikuti dengan gejala lainnya seperti batuk (50 peratus), kelelahan (54 peratus), kehilangan nafsu makan (50 peratus), nyeri otot (46 peratus) dan kecenderungan untuk muntah (38 peratus).

Baca juga: 35 kes virus baru di China hingga amaran dikeluarkan, 10 fakta Langya wanita perlu tahu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.