SEPERTI orang tahu, pelbagai juadah disediakan ketika musim perayaan lagi-lagi ketika rumah terbuka.

Namun, jika anda terlalu semberono dan makan apa sahaja mengikut hawa nafsu, anda bakal termasuk dalam statistik pesakit darah tinggi atau hipertensi.

Dalam pada menjamu hidangan tersebut, pengawalan makanan perlu dijaga terutamanya buat pesakit yang menghidap darah tinggi atau hipertensi.

Untuk pengetahuan semua, hipertensi merupakan salah satu penyakit yang sering terjadi ketika Hari Raya Aidilfitri, natijah makan secara berlebihan.

Baca juga Pesakit kencing manis, hipertensi takut dengan risiko berpuasa? Jangan risau, ini panduan kesihatan yang boleh dicuba

Pakar Pemakanan Klinikal di Indonesia, Dr Juwalita Surapsari berkata, makanan yang tinggi lemak dan bergaram sememangnya sedap, namun impaknya kepada kesihatan cukup tinggi.

Justeru, bagaimanakah seseorang yang mempunyai darah tinggi atau hipertensi menyesuaikan pemakanan mereka ketika Hari Raya?

Berikut merupakan tip yang dikongsikan Dr Juwalita kepada portal, Indonesia Merdeka:

1. Kekalkan berat badan yang sihat
– Anda perlu prihatin dengan perubahan berat badan ketika makan pada Hari Raya supaya tidak makan secara berlebihan.
– Anda boleh menikmati makanan ketika musim perayaan, tetapi harus mengamalkan gaya hidup sihat yang lebih baik selepas itu.

2. Kekal aktif
– Perlu juga bersenam seperti berjalan kaki dan melakukan aktiviti di rumah.
– Sudah pasti, tenaga dapat dikeluarkan melalui senaman.

3. Hadkan pengambilan garam
– Mengekalkan pengambilan garam semasa Aidilfitri boleh dilakukan dengan memilih setiap makanan yang hendak dimakan.
– Pastikan kek dan kerepek tidak diambil secara berlebihan kerana mengandungi garam yang tinggi.

Iklan

4. Lakukan diet hipertensi
– Diet untuk pesakit hipertensi umumnya memerlukan mereka mengambil makanan yang kaya dengan potasium, kalsium, serat dan protein rendah lemak.
– Sebagai contoh, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti pisang, tembikai, oren, kiwi.
– Pengambilan makanan itu boleh membantu menstabilkan tekanan darah.
– Kalsium juga dapat mengekalkan tekanan darah dan boleh diperoleh daripada susu rendah lemak.

Apa-apa pun, raya setahun sekali bukan tiket untuk kita makan tanpa memikirkan keadaan kesihatan diri.

Iklan

Elakkan makan dengan banyak pada satu masa, makan secara berkala supaya makanan dapat dihadam terlebih dahulu.

Ingat, pemilihan dan kawalan pemakanan seimbang perlu diutamakan! Jangan pula kita menghabiskan cuti raya dengan duduk di hospital pula.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI