PERNAH atau tidak kalian berasa seperti keseorangan, rasa kosong dalam diri sehinggakan tak tahu untuk mengungkapkan perasaan yang sedang dialami? Mungkin rata-rata daripada kita pasti ada, bukan?

SinarPlus difahamkan mereka yang berdepan rasa yang tidak jelas itu merupakan petanda seseorang sedang diuji dengan masalah mental.

Untuk penerangan yang lebih mendalam, kami merujuk perkongsian seorang Pakar Psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria di laman Twitter miliknya mengenai isu tersebut.

Ujar Dr Rozanizam, sukar untuk diungkap dan dijelaskan rasa yang mereka alami kerana kita sendiri tidak menghadapi situasi tersebut.

“Namun, apa yang boleh saya katakan, perasaan tersebut merupakan salah satu tanda seseorang itu ada masalah dengan pemikiran mereka,” ujarnya.

Ungkap beliau lagi, rasa kosong pada tahap kronik boleh berlaku kepada individu yang mengalami kemurungan, kecelaruan bipolar, gangguan personaliti dan gangguan kemurungan yang berterusan.

Di sebalik penjelasan mengenai rasa kekosongan itu, pakar psikiatri itu turut berkongsi tip yang boleh dilakukan sekiranya kita berdepan masalah tersebut. Ini inti pati yang wajib kita tahu:

Baca juga: Menakutkan, aksi mukbang boleh cetuskan masalah mental. Ini impak negatif lain kepada pelaku

1. Dapatkan rawatan yang konsisten
– Ubatan dan terapi begitu penting untuk merawat rasa berkenaan kerana ia merupakan residual symptoms (sisa gejala) yang menunjukkan penyakit utama seperti kemurungan belum betul-betul sembuh.

2. Hargai setiap perkara kecil


– Seboleh-bolehnya lakukan secara berkala untuk melatih diri menghargai seperti kemas katil selepas bangun tidur.

3. Berbuat baik dengan orang lain
– Tindakan ini wajar diamalkan oleh mereka yang ada masalah berkenaan untuk mempraktikkan diri supaya tidak berasa kesunyian.

4. Bermuhasabah diri
– Catat tiga perkara yang mendatangkan rasa syukur. Apabila diri berada dalam keadaan tidak baik, buka semula catatan tersebut dan baca.

5. Minat

Iklan

– Cari aktiviti, hobi atau minat yang boleh membantu anda untuk melakukan perkara tersebut supaya masa ada digunakan dengan sebaik-baiknya.

6. Elak berseorangan dan bina hubungan dengan orang lain
– Pastikan diri sentiasa dikelilingi keluarga atau rakan-rakan kerana rasa itu suka muncul apabila diri sedang bersendirian.

7. Bina kekuatan spiritual
-Perbanyakan mengingati ALLAH, rahmat dan kasih sayang kerana DIA sentiasa bersama kita.

Iklan

Ingat, pastikan diri sentiasa dikelilingi kawan dan keluarga supaya ada interaksi antara satu sama lain.

Bahkan, jangan ambil mudah jika anda berdepan dengan situasi rasa kosong kerana ia boleh membawa kepada masalah mental yang lebih serius.

Baca juga: Manusia kidal miliki IQ lebih tinggi, tetapi mudah diserang penyakit? Berikut penjelasan pakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.