PENYAKIT kencing malam atau istilah yang lebih popular dalam kalangan ibu iaitu ‘mengompol’ memang sering terjadi kepada kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun.

Ia sememangnya hampir sukar untuk dielakkan, bukan?

Kencing malam (enuresis) sebenarnya adalah merujuk kepada satu kondisi yang mana seseorang mengalami ketidakupayaan mengawal pundi kencing.

Akibatnya, mereka akan terkencing di atas tilam ketika tidur.

Baca juga Pesakit kencing manis perlu elak makan oat jenis instant dan quick. Ini sebab-musababnya

Apabila ia terjadi, pastinya, keadaan itu menyebabkan bau hancing.

AIR kencing yang meresap pada permukaan tilam atau cadar sukar untuk dihilangkan baunya.

Menjawab satu persoalan yang kerap ditanya, anak kecil akan berhenti kencing malam atau selepas umur mereka mencecah lima atau enam tahun.

Pun demikian, kajian menunjukkan lebih kurang 6.2 peratus golongan kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 12 tahun masih lagi mengalami masalah yang sama, kata MyHealth.

Sehubungan itu, apa pendekatan terbaik yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengatasi masalah kencing malam dalam kalangan si kecil?

Berikut cadangan yang dikemukakan oleh laman web antarabangsa, www.healthline.com.my :

i) Kencing malam dapat dihindarkan dengan cara mengurangkan minum air sebelum tidur atau selepas waktu tertentu.

KURANGKAN minum air yang terlalu banyak sebelum masuk tidur.

ii) Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memastikan anak kurang minum beberapa jam sebelum tidur untuk mengelakkan keluarnya kencing secara luar kawalan.

iii) Latih si kecil untuk ke bilik air sebelum masuk waktu tidur juga berkesan untuk mengatasi masalah ini.

iv) Latih anak untuk melakukan rutin seperti menukar baju dan seluar sendiri sekiranya bangun dalam keadaan basah.

Baca juga Ainul Mardhiah genap 3 tahun, makin bijak, sudah pandai hafal rutin harian

“Dalam permasalahan ini juga, penting untuk ibu bapa atau penjaga mencipta persekitaran yang memupuk dan menyokong anak.

“Satu lagi, elak marah atau denda anak-anak sekiranya mereka kencing pada waktu malam.

“Lebih baik dan sebagai tanda sokongan, jangan lupa beri anak ganjaran sekiranya mereka berjaya mengatasi masalah itu,” kata Healthline lagi.

SOKONGAN daripada ibu bapa penting supaya anak tidak merasa rendah diri dan tertekan disebabkan kencing malam.

ANEKDOT

Iklan

BERIKUT adalah punca kencing malam:

i) Keturunan dan genetik

-Kajian menunjukkan 70 peratus anak akan kencing malam sekiranya kedua-dua ibu bapa pernah ada penyakit berkenaan.
-Hanya 40 peratus anak cenderung ikut jejak yang sama jika salah seorang sahaja yang mempunyai masalah itu.

ii) Gangguan tidur

-Tidur yang terlalu nyenyak disertai dengkuran akan menyebabkan saluran udara tersumbat, sekali gus menganggu keseimbangan otak. Faktor ini juga menjadi pencetus kencing malam.

iii) Gangguan hormon

Iklan

-Kekurangan hormone antidiuretic (ADH) boleh menyebabkan seseorang sering kencing malam. Hormon itu antara lain berfungsi untuk mengurangkan keinginan kencing pada waktu malam.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

iv) Stres

-Jangan ingat orang dewasa sahaja boleh tertekan. Kanak-kanak juga boleh mengalaminya ya! Stres akan menyebabkan mereka gagal mengawal pundi kencing.

Awas! Sekiranya anak anda masih mengalami masalah yang sama, jangan lupa bawa berjumpa pakar kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan dengan lebih lanjut.

Foto Canva