SETIAP perubahan pada tingkah laku dan sikap anak-anak perlu diberi perhatian oleh ibu bapa atau penjaga.

Antara isu yang kerap menjadi kerisauan dalam kalangan si cilik adalah seperti lambat bercakap, autisme, disleksia dan pelbagai lagi masalah yang boleh memberi kesan kepada masa depan mereka.

Perkongsian seorang bapa, Khairul Abdullah dalam laman Facebooknya menarik perhatian SinarPlus.

Khairul antara lain mendedahkan tentang keadaan anaknya yang berdepan dengan Selective mutism atau senyap terpilih.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

Merujuk artikel Hellosehat, Selective mutism adalah keadaan seseorang yang tidak boleh bercakap dalam keadaan sosial atau dengan orang-orang tertentu.

“Sebagai contohnya, individu itu tidak mahu bercakap ketika berada di tempat umum, sedangkan mereka boleh bercakap apabila berada di rumah.

“Situasi itu lazimnya terjadi kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa iaitu sekurang-kurangnya satu daripada 140 kanak-kanak mengalaminya,” jelas web itu.

PURATA UMUR

Khairul yang turut mencari informasi tentang keadaan itu turut berkongsi beberapa fakta.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, lazimnya, anak-anak yang bermula sekitar umur dua hingga empat tahun biasanya mengalami masalah itu.

Baca juga Obesiti bukan sekadar masalah lebih makan atau kurang bersenam semata-mata

“Namun, masih ada ibu bapa yang tidak peka dan menganggap anak bersikap sebegitu disebabkan pemalu, tidak biasa dan masih kecil serta hanya menyedarinya setelah anak mereka sudah mula bersekolah,” ujarnya.

Mengulas mengenai anak bongsunya, Khaleed yang disyaki mempunyai Selective mutism hanya akan bercakap riuh-rendah tanpa henti dengan gaya percakapan ala British ketika di rumah bersama beliau dan abang-abangnya sahaja.

“Di luar, si bongsu tadi lebih banyak membisu lagi-lagi apabila abangnya tiada, di sekolah pun sama, kalau jumpa orang asing pun diam sahaja.

“Anak saya akan tunduk dan diam. Tanya atau disuruh melakukan apa-apa pun, Khaleed akan tetap diam membisu. Sesiapa yang pernah jumpa anak saya mesti tahu,” jelasnya.

ISU DI SEKOLAH

Bercerita lanjut, kejadian yang berlaku tahun lepas membuatkan beliau sedikit terkejut.

Ujarnya, sebaik mengambil buku laporan di sekolah, beliau mendapati keputusan Khaled agak teruk termasuk subjek bahasa Inggeris yang merupakan bahasa utama anaknya.

“Rupa-rupanya isu itu disebabkan anak saya tidak berkomunikasi di sekolah, maka semuanya menjadi susah. Gurunya juga memberitahu bahawa susah nak mendengar Khaleed bercakap dan dia hanya bercakap dengan kawan tertentu sahaja,” katanya.

Disebabkan itu, lelaki tersebut terus membuat ujian dalam talian dan keputusan menunjukkan anaknya memang mempunyai Selective mutism.

Iklan

“Saya terus mendapatkan nasihat doktor untuk rujukan berjumpa doktor pakar.

“Satu pengalaman baru untuk saya dan juga anak saya kerana kami akan berulang-alik ke hospital bagi sesi ujian dan terapi,” ujarnya.

Baca juga [VIDEO] Faizal Tahir syukur dikurniakan ‘anak syurga’, kongsi tentang Maryam Tahirah disahkan Sindrom Down

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana mengetahui situasi itu lebih awal.

Beliau berharap suatu hari apabila menghantar anaknya ke sekolah, Khaleed akan tersenyum dan mengucapkan selamat pagi kepada guru seperti rakan-rakannya yang lain.

Besar sungguh pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka. Pelbagai cara akan diusahakan demi memastikan anak membesar dengan baik.

Iklan

SinarPlus berharap ibu bapa yang lain juga peka ya akan perubahan anak-anak. Banyakkan mencari ilmu berkenaan penjagaan kanak-kanak!

ANEKDOT

GEJALA yang boleh diperhatikan sekiranya anak mengalami Selective mutism:

i. Cenderung menghindari kontak mata dengan orang lain.
ii. Gementar dan berasa kekok.
iii. Pemalu dan cuba menarik diri.
iv. Kaku dan cemas apabila diajak berbual.

Sumber Hello Sehat

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI