Sakit dada sering dikaitkan dengan serangan jantung, tapi ini 10 sebab lain masalah itu mungkin terjadi

SAKIT yang datang secara tiba-tiba pada bahagian dada sering dikaitkan dengan masalah jantung.

Masakan tidak, rasanya seperti ditekan sehingga mengakibatkan sesak nafas.

Perkara itu tidak seharusnya dipandang remeh. Kita sebaik-baiknya disaran untuk mendapatkan rawatan segera jika hal itu berlaku.

Menurut Medical News Today, kadar kemasukan pesakit yang mengalami masalah berkenaan di bahagian kecemasan hospital seluruh Amerika Syarikat telah melebihi 8 juta orang setiap tahun.

Baca juga: Warga tua tunai solat dengan pergerakan luar biasa, ini 10 fakta mengenai sindrom Tourette

Kredit foto: Giullia Bertelli

Permasalah itu merupakan kes kedua tertinggi yang paling banyak diterima oleh jabatan tersebut.

Apa yang pasti, orang ramai perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui punca ia berlaku. Ini kerana ia tidak semestinya disebabkan oleh penyakit jantung, tetapi boleh terjadi angkara masalah lain.

Dalam pada itu, laman perubatan yang berpangkalan di AS turut menyenaraikan 10 sebab sakit dada berlaku, antaranya:

1. Serangan jantung
– Sakit dada merupakan salah satu simptom serangan jantung.
– Gejala lain adalah seperti sakit pada rahang, leher atau belakang, pening dan sakit pada lengan atau bahu dan sesak nafas.

Iklan
Iklan

2. Myocarditis

Kredit foto: Kenny Eliason

– Myocarditis merupakan satu keadaan apabila otot di dalam jantung (myocardium) mengalami keradangan.
– Masalah itu akan memberi kesan kepada sistem elektrik jantung yang mana akan mengurangkan keupayaan jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan.

3. Angina
– Angina merujuk kepada rasa yang menekan pada bahagian dada begitu kuat atau rasa memulas.
– Ia terjadi apabila sebahagian daripada organ jantung tidak menerima oksigen yang mencukupi.
– Biasanya ia berlaku apabila satu atau lebih salur darah arteri koronari menjadi sempit atau tersumbat.

4. Gastroesophageal reflux disease (GERD)

Kredit foto: cottonbro

– GERD atau penyakit refluks asid merupakan satu keadaan kandungan makanan beserta asid di dalam perut mengalir kembali (refluks) ke organ esofagus sehingga mengakibatkan iritasi.
– Perkara itu terjadi apabila otot yang memisahkan esofagus dan perut lemah.

5. Serangan panik
– Sakit dada juga boleh terjadi apabila seseorang berhadapan dengan ketakutan sehingga mereka diserang panik.
– Antara tanda-tanda (serangan panik) adalah bernafas dengan laju, denyutan jantung laju, berdebar dan boleh menyebabkan pengsan.

6. Asma

Kredit foto: cottonbro

– Asma merupakan satu keadaan salur udara menyempit, membengkak dan dipenuhi lendir.
– Mereka yang ada asma biasanya akan sukar bernafas, rasa nyeri pada dada dan batuk.
– Bukan itu sahaja, mereka yang ada asma begitu sensitif dengan bulu haiwan, debu dan ruangan udara yang tidak bersih.

7. Hiatal hernia
– Hiatal hernia merujuk kepada sebahagian daripada perut bergerak ke atas dan dalam dada.
– Individu yang alami masalah itu perlu menjalani pembedahan segera kerana ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan seperti gangguan bekalan tisu darah terputus.

8. Ketegangan otot

Kredit foto: samer daboul

– Keradangan otot dan tendon di sekeliling tulang rusuk boleh mengakibatkan seseorang alami sakit dada berterusan.
– Sekiranya kesakitan menjadi lebih teruk sewaktu melakukan aktiviti ia mungkin gejala ketegangan otot.

9. Pneumonia
– Pneumonia merupakan keradangan pada paru-paru kerana terjadinya jangkitan.
– Sewaktu pneumonia, kantung udara kecil yang ada di dalam organ berkenaan akan berisi cecair sehingga mengganggu proses pernafasan.
– Antara gejala lain adalah sesak nafas, rasa nyeri pada dada, batuk berkahak, cepat letih, demam dan mual.

10. Kecederaan tulang rusuk

Kredit foto: Mălina Sîrbu

– Kecederaan pada tulang rusuk boleh dilihat dengan adanya lebam atau patah tulang dan keadaan itu boleh mengakibatkan mereka sakit dada.
– Jika seseorang itu alami patah rusuk, mereka mungkin alami rasa sakit dan ketidakselesaan pada dada dan belakang, sukar untuk bernafas secara mendalam dan berlakunya pergerakan luar biasa pada dinding dada.

Oleh yang demikian orang ramai perlu bertanggungjawab dengan kesihatan diri masing-masing kerana sakit dada bukanlah penyakit yang boleh dirawat dengan ubat semata-mata.

Jangan ambil mudah dengan kesakitan yang dialami. Rawatan awal untuk mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Baca juga: Khasiat betik untuk wanita, makan 14 minggu berturut-turut kulit jadi awet muda, daunnya redakan senggugut

Baca juga: Isteri luah rasa sedih suami kembali merokok. Pakar perjelas implikasi asap rokok terhadap orang sekeliling

Kredit foto utama: freestocks.org

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

2 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

4 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

8 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

10 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

14 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

15 hours ago