SEJAK kebelakangan ini, ramai pengguna media sosial yang menzahirkan rasa stres, penat dan migrain menjalani rutin harian.

Rutin yang dimaksudkan adalah seperti persekitaran pekerjaan kurang sihat, jarak perjalanan ke tempat kerja yang jauh ditambah dengan kesesakan jalan raya elampau termasuk kos kehidupan yang semakin mahal.

Mungkin bagi sesetengah orang, segala perkara yang dinyatakan itu bukanlah masalah yang besar kerana mereka masih boleh mengendalikan kesulitan itu dengan baik.

Namun, tidak semua orang mempunyai tahap pemikiran yang sama dan tahu mengendalikan stres dengan jayanya.

Kredit foto: Inzmam Khan

Jika semua orang di muka bumi ini tahu dan tangkas menyelesaikan masalah, sudah tentu tiada seorang pun yang berhadapan dengan tekanan perasaan.

Bagaimanapun, permasalahan itu seharusnya tidak dipandang remeh.

SinarPlus kemudiannya merujuk ciapan di laman sosial Twitter milik Public Health Malaysia (PHM) yang ada membincangkan isu tekanan sewaktu bekerja.

Beritahu PHM, orang ramai perlu memperbetulkan tenaga dengan mengatur semula tujuan bekerja dan mengetahui kekuatan serta kelemahan diri.

Kredit foto: Andrea Piacquadio

Mereka turut berkongsi tanda amaran seseorang itu sudah burn out dengan pekerjaan. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut:

i) Selalu migrain, sakit fizikal yang tidak diketahui punca.
ii) Tidak mempunyai rasa keterujaan untuk bekerja.
iii) Berhadapan dengan ‘Monday Blues’ yang teruk.
iv) Selalu mengeluh perihal pekerjaan.
v) Sukar fokus dan ketandusan idea.
vi) Selalu ambil cuti sakit.
vii) Prestasi kerja merundum.
viii) Mengasingkan diri daripada rakan di tempat kerja.

Kredit foto: Andrea Piacquadio

Jelas PHM, sekiranya anda mengalami tanda-tanda berkenaan, amat disarankan untuk berehat sebentar dengan mengambil cuti yang berkualiti tanpa gangguan pekerjaan.

Justeru, bagi mereka yang tidak tahu cara untuk mengendalikan tekanan sewaktu bekerja, laman web, Very Well Mind memberi penyelesaian. Berikut langkah-langkah yang boleh orang ramai praktikkan:

Baca juga: Buka lagu kegemaran boleh kurangkan stres ketika menghadapi kesesakan. Ini 5 tip lain yang boleh membantu

i) Mulakan hari anda dengan betul
– Memulakan hari dengan perancangan, pemakanan sihat dan sikap yang positif. Perkara itu mungkin boleh menghilangkan tekanan kerja dengan lebih mudah.

ii) Mengetahui keperluan yang perlu dibuat dengan jelas

Kredit foto: fauxels

– Lakukan perbincangan dengan rakan sekerja atau ketua tentang tugasan yang perlu dilakukan.
– Perbincangan akan membantu sedikit sebanyak tentang strategi untuk menyelesaikan tugas dengan baik.

iii) Jauhkan diri daripada persengketaan
– Elakkan bergosip atau berkongsi terlalu banyak cerita peribadi kepada rakan sepejabat.
– Elakkan diri daripada berkawan dengan individu yang tidak memaparkan sikap baik ketika bekerja.

iv) Sentiasa teratur
– Mempunyai sikap yang teratur terhadap pekerja akan mengelakkan diri daripada terlambat menghantar tugasan.
– Ia juga dapat menghindarkan diri daripada sikap membuat tugasan di saat-saat akhir dan menjadikan diri lebih cekap dan pantas.

Iklan

v) Mempunyai persekitaran kerja yang selesa

Kredit foto: Pixabay

– Lakukan apa sahaja perkara yang boleh membuatkan anda kerja dengan tenang dan selesa.

vi) Elak melakukan tugas yang pelbagai
– Bagi mengelakkan anda tidak fokus melakukan satu pekerjaan, elakkan diri melakukan tugasan lain kerana ia akan mengganggu hasil kerja yang tidak sempurna.

vii) Berjalan ketika mencari makan tengah hari
– Jika anda mempunyai waktu rehat yang panjang, cuba lakukan senaman pendek dengan berjalan mencari makanan.
– Perkara itu dapat membantu mengeluarkan peluh dan meningkatkan perasaan kerja yang baik sepanjang hari.

Justeru, orang ramai yang mengalami simptom-simptom burn out dalam apa jua kerja yang dilakukan, sebaik-baiknya berbincanglah perkara itu dengan pihak atasan.

Kalau boleh, dapatkan cuti rehat tanpa gangguan. Jangan terus mendiamkan diri kerana orang lain tidak akan tahu apa masalah yang sedang anda hadapi.

Iklan

Kredit foto utama: energepic.com

Baca juga: Salah makan ubat, kurang minum air, stres, kafein punca migrain. Ini cara paling ampuh atasinya

Baca juga: Kenali lebih mendalam tentang technostress dan sebab-sebab tercetusnya masalah tersebut

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi