DEMAM denggi merupakan salah satu ancaman kesihatan yang sentiasa berlaku ke atas rakyat Malaysia saban tahun.

Demam denggi terjadi disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes aegypti sehingga berlakunya jangkitan virus.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah terkumpul kes setakat ini mencecah sebanyak 37,727, berbanding 26,365 pada tahun lalu.

Peningkatan angka itu pastikan mencetuskan kebimbangan ramai.

Baca juga: Jangan pandang remeh masalah tonsil, selain boleh cetuskan kanser, ia boleh akibatkan kematian

Berdasarkan rekod, Selangor merekodkan bilangan kejadian tertinggi iaitu sebanyak 23,339 kes, diikuti Sabah (3,464 kes) dan Kuala Lumpur (3,424 kes).

Menurut MyHealth, tiada lagi rawatan khusus untuk merawat demam denggi.

Biasanya, pesakit hanya diberikan ubat demam dan diminta untuk perbanyakan minum air.

Pun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa sup ketam dan jus betik boleh menjadi penawar denggi. Benarkah?

SinarPlus kemudian merujuk perkongsian MedTweetMY Official di laman sosial Twitter mengenai tanggapan itu.

Organisasi berkenaan berkata, kepercayaan berkenaan sebenarnya adalah mitos semata-mata.

“Bagi sup ketam? Tiada lagi kajian yang kukuh membuktikan bahawa hidangan itu dapat merawat penyakit denggi, manakala jus betik, memang ada kajian yang mengatakan bahawa ia berkesan untuk merawat penyakit itu.

“Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan, pengambilan jus itu boleh meningkatkan sel darah kuning (platlet),” jelasnya.

Iklan

Kata MedTweetMY, para doktor tidak melihat aspek platlet sahaja, tetapi banyak parameter lain yang perlu diambil kira.

Jadi, kepercayaan terhadap pengambilan jus tersebut dapat menyembuhkan penyakit adalah tidak tepat.

“Ini kerana banyak kriteria lain yang perlu diperhatikan seperti suhu, tekanan darah, kadar denyutan nadi, kadar pernafasan, pemeriksaan fizikal, keberkesanan fungsi hati, darah dan ujian yang berkaitan seperti X-ray,” kata mereka.

Pada akhir perkongsian, MedTweetMY menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu mempercayai mitos berkenaan.

Iklan

Jangan juga melengahkan diri untuk mendapat rawatan dengan segera sekiranya mempunyai tanda-tanda awal denggi.

Baca juga: Kencing manis: Ibu hamil kena lebih hati-hati elak air ketuban berlebihan

Baca juga: Tunda ujian MRI akibat takut berada di ruangan sempit, pakar ini kongsi cara atasi ketakutan itu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan