GOLONGAN ibu mesti selalu berhadapan dengan masalah tangan pijar. Masakan tidak, hari-hari ke dapur, siapkan hidangan untuk suami dan anak-anak mesti ‘bermain’ dengan cili, betul tak?

Tak dapat dinafikan, tangan pijar kerana cili amat menyeksakan. Nak makan tapi lidah berasa pedas, nak gosok mata pun, mata jadi pedih.

Namun, tahukah anda mengapa perkara itu berlaku?

Menurut seorang pengamal perubatan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Great Life Physio and Rehabilitation, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, ia disebabkan oleh unsur yang terkandung di dalam cili.

“Capsaicin yang ada dalam cili itu sebenarnya telah merangsang reseptor deria sakit. Kalau terkena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita berasa pedas,” katanya.

Pun begitu, SinarPlus difahamkan bahawa mereka yang cuba menghilangkan rasa pijar dengan menggunakan air merupakan tindakan yang sia-sia kerana ia tidak larut dalam air.

Lantaran itu, Dr Kamarul menyarankan kepada mereka yang ingin hilangkan rasa pijar boleh cuba enam kaedah berikut. Ini inti pati yang perlu kita ketahui:

Baca juga: Ibu, jangan beri anak makan mi segera, doktor dedah 10 fakta mudah faham mengenainya

1. Susu

– Susu berlemak mengandungi sejenis protein yang digelar casein.

– Ia membantu memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor pada kulit.

– Usai tangan dicuci dengan susu, basuh tangan semula menggunakan air sabun.

2. Minyak

– Minyak bertindak untuk mencairkan capsaicin daripada melekat pada reseptor kulit.

– Selepas tangan dilumurkan dengan minyak, basuh tangan seperti biasa menggunakan sabun.

3. Cuka

– Capsaicin bersifat alkali (bahan yang meneutralkan asid untuk berbentuk garam) yang boleh melemahkan kesan pijar tersebut.

– Selain cuka, boleh juga gunakan air asam, perahan limau dan sos tomato.

4. Alkohol

– Rasa pijar yang dihasilkan oleh capsaicin sebenarnya boleh dihilangkan dengan menggunakan alkohol.

Iklan

– Pun begitu, kuantiti alkohol yang diperlukan untuk mencuci tangan adalah banyak.

5. Losyen

– Rasa pijar boleh dihilangkan dengan menggunakan losyen yang berasaskan minyak.

– Kemudian, disusuli dengan bilasan air sabun untuk membuang losyen yang dicemari capsaicin.

6. Geseran

Iklan

– Capsaicin juga boleh ditanggalkan dengan geseran.

– Boleh gunakan tuala, sabut kelapa, berus atau garam.

Haa.. mudahkan nak hilangkan rasa pijar dan kebanyakan bahan-bahan yang disenaraikan itu ada di rumah.

Selepas ini, kalau tangan terasa seperti terbakar, jangan pula alirkan dengan air. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Demam selesema biasa, influenza, denggi, ini tanda yang membezakan. Wanita wajib tahu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.