MELAHIRKAN anak secara normal mahupun pembedahan adalah perkara biasa.

Sehubungan itu, pendekatan yang mungkin dipilih atau terpaksa dilakukan atas syor doktor, tidak boleh dipertikaikan.

Mengenai bersalin secara pembedahan, sesetengahnya menyifatkan ia lebih menyakitkan kerana wajib melalui proses pembelahan kulit perut.

Kredit foto: nappy

Pada masa sama, harus menjalani tempoh berpantang yang agak lama.

Kalau diikutkan petua turun-temurun, banyak perkara yang tidak boleh melakukan sewaktu berpantang.

Kadang-kadang akibat terlalu terikat dengan tradisi, kebanyakan ibu berasa tidak bebas sehingga menjejaskan kesihatan mental.

Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Fertiliti, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Maiza Tusimin baru-baru ini berkongsi pandangannya tentang hal-hal yang boleh dilakukan selepas bersalin secara pembedahan.

Baca juga: Ramai tak sedar kesan buruk guna bengkung secara harian dan berterusan

Sebelum itu, Dr Maiza mengingatkan para ibu untuk mendapatkan kebenaran daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan rutin yang bakal dikongsikan.

Kredit foto: Vidal Balielo Jr

Berikut tujuh amalan yang boleh wanita bersalin secara pembedahan lakukan. Berikut perinciannya:

i) Diet sihat

Kredit foto: Ella Olsson

– Pantang bagi doktor apabila wanita yang sedang berpantang tidak mengamalkan diet yang sihat.
-Sekiranya si ibu tidak mempunyai sebarang alahan, mereka boleh menikmati makanan tersebut dan ambil secara sederhana.

ii) Berbengkung

– Mereka yang menjalani proses bersalin secara pembedahan, boleh memakai bengkung seawal dua hari selepas melahirkan.

iii) Senaman

Kredit foto: Ketut Subiyanto

– Ibu boleh melakukan senaman yang tidak memberi tekanan pada kawasan abdomen.
-Aktiviti itu boleh dilakukan seawal dua hari selepas pembedahan. Senaman yang boleh diamalkan adalah regangan pada bahagian leher, tangan dan berjalan perlahan-lahan.

iv) Urut
– Golongan itu juga boleh melakukan aktiviti mengurut pada semua bahagian tubuh kecuali kawasan perut dari pusat ke bahagian kemaluan wanita.

v) Penyusuan
– Tidak ada sebarang masalah sekiranya si ibu ingin menyusukan anak selepas melahirkan. Penyusuan boleh bermula seawal dua jam selepas melahirkan.

Iklan

vi) Bertungku
– Aktiviti bertungku boleh dilakukan pada semua bahagian tubuh badan kecuali kawasan perut dari pusat ke bahagian kemaluan wanita.
– Biasanya aktiviti bertungku ini dilakukan untuk mengecutkan rahim wanita. Pun demikian, jika amalan tersebut tidak dilakukan, rahim tetap akan mengecut secara semula jadi.
– Amalan berkenaan boleh dilakukan selepas sebulan melahirkan bayi dan boleh bertungku secara perlahan-lahan pada bahagian perut.

vii) Sauna

Kredit foto: Max Vakhtbovych

– Mandi wap begitu digemari oleh para ibu kerana ia dapat menyegarkan tubuh badan.
-Aktiviti itu boleh dilakukan selepas sebulan melahirkan bayi atau selepas luka pada abdomen telah sembuh sepenuhnya dan tidak pedih.

Bagi wanita yang telah melahirkan anak secara pembedahan, usah khuatir, tiada pantang larang khusus yang perlu dipatuhi.

Cuma pastikan segala aktiviti yang ingin dilakukan perlu dapatkan kebenaran daripada pakar terlebih dahulu.

Iklan

Baca juga:  Lebih ramai lelaki berbanding wanita berhadapan radang tulang belakang

Baca juga: Berbengkung bawa manfaat atau hanya bahana? Kata pakar ini boleh buat kita fikir sekali lagi

Kredit foto utama: Leah Kelley

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi