KESERONOKAN bermain permainan dalam telefon pintar bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, malah orang dewasa juga tidak terkecuali.

Boleh dikatakan aktiviti tersebut telah pun menjadi hobi mereka kerana setiap kali adanya masa terluang, pasti permainan tersebut menjadi pilihan.

Pun begitu, terdapat sesetengah individu yang begitu taasub dengan aktiviti itu sehingga mereka tidak boleh berenggang, apalagi berjauhan dengan alatan berkenaan (telefon pintar).

Sikap keterlaluan itu sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kerana fokus mata yang terlalu lama pada paparan skrin telefon boleh mengakibatkan kerosakan mata.

Kredit foto: Tima Miroshnichenko.

SinarPlus kemudiannya merujuk perkongsian Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia, Dr Zubaidi Ahmad, memegang telefon terlalu lama boleh menyebabkan seseorang itu menghidap De Quervain tenosynovitis atau sindrom Quervain.

Baca juga:

Beritahu Dr Zubaidi, sindrom Quervain adalah keadaan tendon pada pergelangan tangan membengkak lalu sakit sehingga melarat ke ibu jari tangan.

“Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau pada pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari. Kesakitan dirasai apabila memegang atau mencubit sesuatu.

Kredit foto: Adrienn.

“Keperitan itu menjadi lebih teruk ketika menggerakkan ibu jari dan memutarkan pergelangan tangan dan ia (kesakitan) boleh merebak ke seluruh tangan,” jelasnya.

Pegawai perubatan itu turut memaklumkan, jika seseorang menghidap sindrom berkenaan, rawatan yang akan diberikan adalah dengan memberikan ubat tahan sakit.

“Pesakit juga boleh meletakkan ais pada bahagian yang sakit, namun jika kesakitan tidak surut, doktor akan menyuntik steroid pada sekeliling tendon untuk mengurangkan bengkak,” tuturnya.

Kredit foto: Beata Dudová.

Pada akhir perkongsian, Dr Zubaidi menyebut, sekiranya kesakitan masih terasa, langkah yang terakhir adalah dengan melakukan pembedahan membuka pelapis tendon supaya ia boleh bergerak tanpa rasa sakit.

Iklan

Gara-gara bermainan permainan berjam-jam, boleh menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan gangguan menggerakkan pergelangan tangan.

Seperkara, bagi ibu bapa perlu mengawal had masa penggunaan telefon pintar kepada anak-anak supaya masalah sindrom Quervain tidak berlaku kepada mereka.

Baca juga: Sanggup seksa diri kerana mahu kurus. Selain boleh bawa kematian, ini impak buruk lain

Iklan

Baca juga: Awas! Perut buncit bukan tanda bahagia, tapi permulaan kepada penyakit berbahaya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan