BARU-BARU ini, laman sosial, Twitter @MedTweetMYHQ berkongsi satu mitos tentang lobak merah yang dikatakan boleh merawat masalah penglihatan iaitu rabun.

Kongsi media sosial perubatan tersebut, persepsi tentang cara pemakanan tersebut mula disebarkan sewaktu Perang Dunia ke-2 meletus.

Menurut penceritaan, seorang menteri telah memberitahu pihak akhbar bahawa seorang juruterbang bernama Cunninghams telah berjaya menembak musuh disebabkan menikmati lobak merah dengan kuantiti banyak.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan hanyalah sekadar omong kosong.

Kredit foto: João Jesus

Tiada kajian terperinci yang mengatakan bahawa sayur berkenaan mampu menajamkan penglihatan, ujar @MedTweetMYHQ

Walaupun lobak tinggi dengan kandungan vitamin A, ia adalah disebabkan oleh karotena (pigmen hidro­karbon yang berwarna kuning, jingga, atau merah dan terdapat semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan).

Baca juga: Ibu menangis anak Syurga dilempang, dibuli di sekolah kerana rabun

SinarPlus turut merujuk laman web perubatan, WebMD yang turut menyenaraikan mitos-mitos lain berkenaan mata dan penglihatan, antaranya:

i) Duduk terlalu hampir dengan skrin televisyen menyebabkan rosaknya penglihatan

 

Kredit foto: Ksenia Chernaya

– Duduk begitu dekat dengan televisyen sebenarnya tidak menjejaskan kebolehan untuk melihat, tetapi hanya mengakibatkan seseorang mengalami sakit kepala.

ii) Membaca dalam keadaan yang gelap melemahkan penglihatan.
– Tiada kajian yang mengatakan membaca dalam keadaan gelap akan merosakkan pancaindera.

iii) Penggunaan cermin mata atau kanta lekap dikatakan merosakkan penglihatan

Kredit foto: Nataliya Vaitkevich

– Tiada bukti yang mengatakan penggunaan kanta lekap akan melemahkan lagi penglihatan.
– Dalam tempoh pemakaian tersebut, anda mungkin melalui pertukaran kanta lekap yang berulang kali disebabkan oleh pertambahan ‘power’.
– Bagaimanapun, pertambahan berkenaan bukanlah kerana kondisi mata yang kian merosot, tetapi disebabkan faktor usia.

iv) Mata juling boleh dirawat
– Mata juling yang dihidapi oleh orang dewasa tidak boleh dirawat. Namun, bagi kanak-kanak, masalah itu tidak akan sembuh dengan sendirinya.
– Mereka perlu mendapatkan rawatan ketika usia masih kecil. Pendekatan itu sekali gus mampu membantu mengelakkan mata malas (lazy eyes).

v) Menggunakan lampu tidur di dalam bilik anak akan menyebabkan rabun dekat

Kredit foto: Artem Podrez

– Tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa penggunaan lampu tidur menyebabkan rabun dekat.
– Sebenarnya lampu tidur membantu anak-anak fokus dan mengetahui fungsi koordinasi mata apabila mereka bangun tidur.

Iklan

vi) Melihat matahari secara terus merosakkan mata
– Melihat matahari tidak merosakkan mata tetapi akan mengakibatkan sakit kepala dan mengganggu penglihatan buat sementara waktu.

vii) Tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan hilangnya fungsi penglihatan

Kredit foto: Noelle Otto

– Sekiranya berhadapan simptom mata kabur, sakit, timbulnya pemandangan seperti kilat, maka kalian perlu dapatkan konsultasi pakar dengan segera.
– Pengesanan awal dapat membantu menyelamat atau mengurangkan keterukan pancaindera tersebut.

Banyak betul mitos berkaitan dengan mata. Apa-apapun ibu bapa kena peka jika anak anda mengadu sesuatu yang tidak kena dengan mata mereka.

Mungkin rungutan mereka kecil, tetapi kita tidak tahu mungkin impaknya pada masa akan datang cukup besar.

Iklan

Baca juga: Sakit dada sering dikaitkan dengan serangan jantung, tapi ini 10 sebab lain masalah itu mungkin terjadi

Baca juga: Glaukoma boleh ‘bunuh’ penglihatan, sesiapa pun tak kira umur boleh mendapat penyakit mata ini

Kredit foto utama: cottonbro 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi