RASA macam hilang sebentar nikmat hidup apabila pening tiba-tiba menerpa. Masakan tidak, dunia seolah-olah sedang berpusing ligat sehingga kadangkala kita tidak mampu membuka mata.

Menurut Mayo Clinic, pening berlaku disebabkan oleh gangguan di dalam telinga, mabuk dan kesan ubat.

Pun begitu, keadaan kesihatan lain seperti peredaran darah yang lemah, berlakunya jangkitan atau kecederaan juga mengundang masalah berkenaan.

Tulis laman perubatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, keadaan sebegitu akan menyebabkan mereka mudah berasa sakit kepala, ingin pitam, hilang keseimbangan dan kestabilan.

SinarPlus kemudian merujuk perkongsian Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia, Dr Zubaidi Ahmad mengenai punca seseorang itu menjadi pening.

Dalam penulisannya di laman sosial, Facebook, Dr Zubaidi memberitahu, kondisi tersebut berlaku mungkin disebabkan oleh kandungan gula di dalam darah yang rendah.

Baca juga: Salah makan ubat, kurang minum air, stres, kafein punca migrain. Ini cara paling ampuh atasinya

Jelas beliau, pemakanan juga antara faktor yang menyumbang berlakunya vertigo (deria pergerakan atau berpusing yang palsu). Berikut jenis makanan yang dinyatakan:

i) Makanan masin


– Garam yang banyak dalam makanan boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.

ii) Gula berlebihan

– Pengambilan gula berlebihan sama ada dalam hidangan yang dijual secara komersial seperti minuman berkarbonat, gula-gula, coklat susu dan jem juga antara punca vertigo berlaku.

iii) Makanan yang boleh mengakibatkan migrain

Iklan

– Bagi individu yang ada migrain, mereka amat sensitif terhadap makanan tertentu. Jadi golongan berkenaan harus peka dan sentiasa catat hidangan yang mana boleh mengakibatkan sakit kepala itu.

iv) Kafein


– Bagi individu yang meminati kopi, ia sememangnya satu nikmat, namun tidak bagi sesetengah individu yang alah kepada kafein kerana mereka mudah untuk sakit kepala dan pening.
– Kafein akan mengakibatkan tubuh kehilangan banyak air lalu mengubah keseimbangan cecair pada organ pengimbang dalam telinga.

Justeru, SinarPlus ingin mengingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa peka tentang pemakanan yang diamalkan setiap hari.

Iklan

Bukan apa, risau jika sikap semberono terhadap makanan akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.

Baca juga: Pak Lah hidap demensia, tak mampu ingat nama anak. Kenali lebih lanjut penyakit ini

Baca juga: Kanak-kanak pun ada migrain? Ini 7 cara paling baik bantu si kecil atasi penyakit ini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan