SETIAP individu mempunyai cara yang tersendiri untuk menggembirakan diri masing-masing sama ada dengan bercuti, menyanyi atau pun sekadar keluar makan sahaja.

Ada juga yang berpendapat, melakukan aktiviti seorang diri juga dapat menghiburkan hati. Mungkin bagi mereka, adalah lebih selesa kalau keluar sendiri berbanding beramai-ramai.

Pun demikian, pernahkah kalian mengalami satu perasaan seperti tidak berasa teruja ketika melakukan perkara yang disukai?

Jika pernah berhadapan dengan situasi tersebut, situasi itu dinamakan anhedonia yang merupakan petanda bahawa diri anda mengalami kemurungan.

Kredit foto: Kat Smith

Menurut WebMD, anhedonia adalah hilang keupayaan untuk menikmati rasa seronok sewaktu melakukan aktiviti yang paling disukai.

Ujar laman perubatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, simptom berkenaan akan mengakibatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan menjadi tegang.

Sementara itu, Healthline berkata, anhedonia bukan sahaja simptom kepada kemurungan, tetapi ia juga adalah gejala kepada skizofrenia.

Baca juga: Isteri luah rasa sedih suami kembali merokok. Pakar perjelas implikasi asap rokok terhadap orang sekeliling

Pada masa sama, masalah berkenaan turut dihidapi oleh mereka yang sakit kronik dan Parkinson.

Kredit foto: Artem Podrez

Healthline menambah, faktor risiko akan meningkat sekiranya seseorang menderita salah satu penyakit mental. Selain itu, terdapat tiga faktor risiko lain iaitu:

i) Individu yang ada post traumatic stress disorder disebabkan oleh trauma dengan peristiwa lampau.

ii) Mengalami sakit kronik yang memberi kesan kepada kualiti hidup.

iii) Mempunyai gangguan pemakanan (Anoreksia nervosa).

Dalam pada itu, Public Health Malaysia menerusi laman Twitter turut berkongsi intipati sama mengenai anhedonia.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warga maya, rata-rata mereka pernah mengalami situasi berkenaan.

Kredit foto: Nathan Cowley

Berikut antara petikan komen netizen:

“Alhamdulillah, dah lepas daripada fasa ini. Sekarang aku nak buat semua benda yang menggembirakan tapi tiada kawan. Bagaimanapun, makan-makan dan beli-belah dengan mak lagi menyeronokkan.”

“Tiada siapa yang boleh tolong melainkan diri sendiri sebab ramai yang berpura-pura sekarang ini.”

“Dahulu saya suka buat bermacam-macam aktiviti tetapi sekarang tiada apa yang boleh menggembirakan diri.”

Iklan

“Dengan perlahan saya cuba untuk atasi masalah ini.”

“Saya rasa, saya dengan alaminya sekarang.”

Kredit foto: Priscilla Du Preez

Memetik penulisan Very Well Health, kaedah perawatan bagi mereka yang mengalami anhedonia adalah bergantung kepada masalah kesihatan mental yang dihidapi.

Bagi individu yang kemurungan, pakar akan bekalkan ubat antidepresan, manakala jika mereka alami skizofrenia, mereka ada diberikan ubat antipsikotik dan rawatan psikoterapi juga mungkin diberikan, ujar Very Well Health.

Justeru, jika ada di antara pembaca SinarPlus yang mengalami anhedonia, dapatkan nasihat daripada pakar supaya permasalahan itu dapat diatasi dengan baik.

Iklan

Jangan ambil mudah terhadap perubahan kehidupan sosial anda, pastikan diri gembira ketika melakukan aktiviti yang disukai.

Baca juga: Kes sakit jiwa di Malaysia semakin merisaukan. Kenali gejala skizofrenia yang jadi penyebab penderita bunuh diri

Baca juga: Kenali tanda 5 jenis kemurungan wanita, bukan efek emosi saja, fizikal turut terjejas

Kredit foto utama: Pixabay 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi