SEJAK dua menjak ini, trend yang mengajak orang ramai minum 4.5 liter (l) air sehari tular, namun banyak bahaya yang menanti sebenarnya.

Penggunaan #gallonofwateraday yang berlegar di TikTok semakin menjadi-jadi dan ia amat merisaukan.

Peliknya, ia tidak dijelaskan secara terperinci manfaat minum air sebanyak itu.

Kalau diikutkan, secara umumnya, kita disyorkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari iaitu kira-kira 2l.

Sumber foto CANVA

Baca juga Bahaya kunyah ais

Kepada Walipop, Pakar Fisiologi Perubatan, Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia, Dr Ermita I Ibrahim Ilyas berkata, mengambil air kosong secara berlebihan boleh menyebabkan cecair di luar sel badan bertambah dan elektrolit berkurang.

“Keadaan itu boleh mengubah keseimbangan elektrolit dan cecair di dalam dan luar badan. Seseorang yang terlebih hidrasi biasanya akan mula rasa loya, muntah dan perut kenyang.

“Selain itu, mereka mudah membuang air kecil selang sejam,” ujarnya sambil menambah warna air kencing jernih kebiruan juga tanda terlebih air.

Sumber foto CANVA

Selain itu, masalah bengkak pada kaki dan tangan dan lebih menakutkan, kadang-kadang seseorang tidak secara sedar, situasi berkenaan (terlebih air) boleh sampai ke otak.

Sementara itu, Hello Doktor dalam penulisannya berkata, kandungan air di dalam tubuh yang terlalu banyak menyebabkan fungsi buah pinggang terganggu dan air tidak dapat dibuang sepenuhnya.

Disebabkan itu, kandungan elektrolit dan garam yang akan terkeluar daripada badan.

Berdasarkan pendapat kedua-dua sumber itu, kita sangat tidak digalakkan mengikuti trend #gallonofwateraday.

‘MENDENGAR’ RENTAK BADAN

Hello Doktor yang memetik kenyataan seorang pakar nefrologi menambah, kadar pengambilan air adalah berbeza bagi setiap individu.

Iklan

Ia bergantung kepada aktiviti harian yang dilakukan. Misalnya, jika kita lebih terdedah kepada cahaya matahari, aktif bersukan dan sebagainya, maka keperluan air akan menjadi lebih.

Baca juga Cuaca panas buatkan si kecil cepat dehidrasi. Mak ayah wajib kenal tanda-tanda anak tak cukup air

Selain itu, individu dewasa berusia dan wanita hamil juga mungkin memerlukan air yang sedikit berlebihan dan tidak boleh sekadar bergantung kepada rasa dahaga semata-mata.

“Peraturan yang terbaik untuk menentukan keperluan air adalah dengan ‘mendengar’ kepada badan dan mengambil air apabila rasa dahaga. Tindakan ini cukup untuk mengimbangi tahap hidrasi badan yang terbaik,” kata Hello Doktor.

Iklan

Satu lagi, portal itu juga berpesan, jangan pula ambil air dengan banyak kononnya untuk kurus kerana ia tidak akan berjaya, malahan boleh mengundang bahaya.

Jadi, kepada pembaca SinarPlus semua, jangan terikut-terikut dengan trend ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan