MERUJUK laman web kesihatan tempatan, Hello Doktor, secara puratanya, seorang wanita akan menggunakan lebih daripada 12,000 pad sanitasi selama beberapa dekad sepanjang mengalami haid.

Persoalannnya, benarkah tuala wanita pakai buang yang selalu kaum wanita guna dalam tempoh jangka masa panjang boleh mengundang beberapa masalah kesihatan seperti kanser?

Sebelum pergi jauh, SinarPlus kongsikan beberapa dakwaan yang mengatakan penggunaan tuala wanita boleh mendatangkan keburukan pada kesihatan seseorang.

Antaranya adalah seperti berikut:

i) Boleh menyebabkan kemandulan dan kecacatan kepada janin.
– Kebiasaannya sesetengah pad sanitasi ditambahkan dengan bahan pewangi untuk menghilangkan bau darah haid. Namun, benarkah bahan tersebut boleh menjejaskan kesuburan dan kesihatan embrio anda?

Baca juga “Terduduk dibuatnya, buah pinggang rosak tahap 2, air kencing berdarah”- Dr Say nasihat buat pemeriksaan

Ii) Menjejaskan organ dalaman.
-Ada yang mengatakan pad sanitasi jenis kapas berbahaya kerana diproses dalam kilang kapas yang mengandungi racun perosak dan herbisida yang akan memasuki saluran darah dan menjejaskan organ dalaman.

Iii) Boleh menyebabkan kanser.
-Penggunaan pad dikatakan mempunyai kecenderungan seseorang menghidapi kanser kerana mengandungi bisfenol A (BPA) dan bahan kimia lain.

Menakutkan, bukan jika benar dakwaan yang dikatakan ini?

Namun, adakah semua itu merupakan kenyataan sahih atau sekadar mitos yang direka-reka untuk menakutkan kita sebagai seorang wanita?

Pakar Perubatan Keluarga terkenal, Dr Suhazeli Abdullah memberitahu Hello Doktor, setakat ini punca yang terbukti penyebab kanser pangkal rahim wanita adalah kuman papiloma virus (HPV).

Kenyataan pakar berkenaan nampaknya sekali gus mematahkan dakwaan bahawa bahan kimie yang dikenali sebagai dioxin (yang biasanya terdapat pada tuala wanita) bukan menjadi punca penyakit berbahaya!

Fuh… Lega dengarkan?

Iklan

Baca juga Tempoh minimum haid adalah 24 jam. Kalau kurang, bukan period namanya…

Sementara itu, satu kajian di Jepun menganggarkan, wanita terdedah dengan dioxin dalam pad sanitasi adalah sangat rendah berbanding kriteria berbahaya yang digariskan oleh piawaian standard antarabangsa.

Hasil penyelidikan yang sama juga menganggarkan, kaum Hawa yang terdedah dengan dioxin cuma antara 0.000024 hingga 0.00042 kilogram.

Berdasarkan rekod, paras bahaya dioxin daripada tuala wanita yang minimum adalah 0.7 kilogram.

Iklan

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Angka itu jelas menunjukkan, peratusan itu terlalu kecil untuk seseorang berada dalam kondisi bahaya.

Jadi, kesimpulannya, penggunaan pelapik pakai buang ini selamat untuk digunakan. Jadi, kita tidak perlu bimbang lagi!

Sekiranya kalian masih ragu-ragu, apa kata anda menggunakan kaedah tradisional seperti tampon dan cawan haid (menstrual cup).

Foto Canva