KLAUSTROFOBIA merupakan salah satu gangguan keresahan (anxiety disorder) apabila berada di dalam ruangan yang tertutup dan sempit.

Menurut WebMD, Amerika Syarikat, jika berhadapan dengan perasaan yang terlalu gementar dan kecewa apabila berada di tempat berkenaan, anda berkemungkinan penghidap fobia itu.

Ujar laman perubatan itu lagi, tahap serangan panik seseorang yang ada ketakutan itu berbeza-beza bagi setiap individu.

Mungkin sesetengahnya boleh memicu kepada terjadinya serangan panik sederhana dan barangkali teruk.

Baru-baru ini, Pakar Radiologi, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Dr Khairina Adliah Kamal Ariffin atau dikenali dengan panggilan Dr Kay Kamal menerusi laman sosial, Twitter @MedTweetMY berkongsi satu kisah mengenai klaustrofobia.

Ceritanya bermula apabila Dr Kay merawat seorang pesakit yang perlu lakukan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

Namun, segalanya tergendala apabila pesakit wanita berkenaan mengalami sakit dada, sesak nafas, rasa ingin mati, pening dan mual.

Baca juga: Jangan pandang remeh masalah tonsil, selain boleh cetuskan kanser, ia boleh akibatkan kematian

“Apabila kita keluarkan wanita berkenaan, dia berpeluh dan ketika itu, baru kita tahu bahawa dia ada klaustrofobia sebaik sahaja masuk ke dalam gantry (terowong berbentuk silinder),” ujarnya.

Kata Dr Kay lagi, situasi yang dihadapi oleh pesakit berkenaan agak teruk, jadi ujian MRI terpaksa ditunda dan tarikh baharu telah diberikan.

“Kita akan masukkan pesakit ke dalam wad sehari sebelum imbasan dilakukan dan pada hari kejadian, kita akan beri ubat penenang kepada pesakit supaya pemeriksaan boleh dijalankan,” ungkapnya.

Bagaimanapun, pakar berkenaan menjelaskan, terdapat cara lain untuk menenangkan pesakit ketika ingin melakukan ujian MRI selain memberikan ubat penenang. Berikut adalah tip yang dikongsi oleh pakar itu:

i. Belajar
– Ketahui apa yang bakal berlaku semasa ujian MRI dilakukan ke atas anda.
– Biasakan diri dengan keadaan sewaktu pemeriksaan dijalankan.
– Pengetahuan tentang MRI akan membantu anda mengatasi ketakutan klaustrofobia.

ii. Pernafasan


– Cara terbaik untuk mengatasi rasa takut berkenaan adalah dengan mempraktikkan teknik pernafasan yang betul.

iii. Tutup muka
– Salah satu cara adalah dengan menutup muka dengan menggunakan tuala supaya.
– Sekiranya kalian tidak melihat proses berkenaan, maka anda tidak berasa seperti terperangkap di dalam gantry.

iv. Mendengar muzik

– Muzik dapat membantu mengatasi rasa ketakutan dan menenangkan anda untuk melakukan ujian MRI.

v. Teknik anda sendiri
– Sekiranya kalian tahu cara bagaimana untuk menenangkan diri sendiri, anda boleh gunakan teknik berkenaan ketika pemeriksaan dijalankan.

Baca juga: Anemia boleh beri impak sampingan kepada ibu dan kandungannya. Ini saranan penting pakar

vi. Bercakap dengan juruteknik

Iklan

– Salah satu cara terbaik adalah dengan mewujudkan perbualan antara pesakit dan juruteknik.
– Perbualan akan mengurangkan rasa takut supaya pesakit tahu mereka tidak keseorangan dan pemeriksaan dijalankan dengan pemantauan pakar.

vii. Melakukan kiraan
– Salah satu tip untuk kekal tenang adalah dengan melakukan kiraan yang perlahan.
– Ia akan membantu daripada segi masa, kiraan yang lambat akan membuatkan seseorang itu melalui tempoh ujian yang lebih cepat.

viii. Fikirkan tempat yang bahagia
– Pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di kawasan yang mendatangkan kegembiraan seperti tempat yang banyak memori indah.

ix. Bawa sokongan
– Sewaktu MRI dilakukan, pesakit dibenarkan untuk membawa ahli keluarga atau kawan.
– Ia akan membantu mengurangkan rasa cemas kerana adanya seseorang yang boleh menenangkan mereka akan rasa tidak selesa itu.

x. Ada pegawai yang mengawal


– Ingatkan diri anda bahawa ada pegawai bertugas yang mengawal pemeriksaan berkenaan.
– Sekiranya rasa tidak selesa sewaktu menjalani ujian, beritahu pegawai kerana mereka akan membantu anda untuk kekal tenang.

Iklan

Kalau mahu diikutkan, tidak semua orang menyedari diri mereka mempunyai klaustrofobia selagi tidak pernah menjalani ujian MRI.

Sahabat penulis misalnya sudah mengetahui dirinya tidak boleh berada di ruangan sempit. Pelbagai usaha dilakukan untuk menangani ketakutan itu, namun gagal.

Seperti yang diceritakannya, sewaktu MRI terpaksa juga dijalankan bagi mengesan ketumbuhan di dalam perut, beliau terpaksa ditemani jururawat sehingga berakhirnya prosedur.

“Aku seperti terasa berada di dalam liang lahad dan mahu dikuburkan ketika berada di dalam gantri MRI,” katanya ketika menceritakan ketakutannya terhadap ruangan sempit dan tertutup.

Baca juga: Uri di bawah ketika hamil, ini komplikasi-komplikasi yang perlu ibu wajib tahu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan