KEMUNCULAN varian Covid-19 terbaharu, Centaurus atau BA.2.75 yang pertama kali dikesan di India membuatkan bukan sahaja negara itu, malah seluruh penduduk dunia panik selepas penularan Deltacron dan Omicron BA.5.

Virus tersebut dikatakan lebih cepat merebak dua kali ganda berbanding varian terdahulu dan telah memperlihatkan peningkatan jangkitan kes.

Setakat artikel ini ditulis, penularan varian Centaurus juga memberi kesan kepada negara di Asia khususnya Korea Selatan, Jepun, China dan Thailand.

centaurus

Portal Express dalam laporannya berkata, kes varian baharu bagi strain Omicron tersebut meningkat secara eksponen di United Kingdom (UK).

Momentum itu turut mendorong European Centre for Disease Prevention and Control menetapkan varian Centaurus sebagai ‘varian dalam pemantauan’.

Memetik kenyataan penyelidik imunologi, Denis Kinane, terdapat kajian menunjukkan virus berkenaan mempunyai bilangan mutasi yang lebih tinggi.

centaurus

“Ini kerana apabila mutasi berlaku terutamanya spike protein pada varian Centaurus, ia dikhuatiri membenarkan virus mengikat sel badan dengan lebih ‘cekap’.

“Menjadi kebimbangan pakar apabila ia (mutasi) tersebut membolehkan virus resisten dan mampu mengelak antibodi dengan lebih mudah,” katanya.

Baca juga Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu

Kebimbangan tersebut diperkukuhkan lagi dengan trend peningkatan kes Covid-19 di beberapa negara disebabkan varian Centaurus.

centaurus

Di UK misalnya, kes meningkat sebanyak 24.6 peratus dan rekod kemasukan ke hospital untuk rawatan jangkitan tersebut juga tinggi.

Berdasarkan data yang dikongsikan, peningkatan kes Covid-19 yang memerlukan rawatan di hospital meningkat 18.1 peratus untuk tempoh seminggu.

Terkini, jumlah kematian disebabkan wabak korona berkenaan juga meningkat 32.6 peratus selepas seseorang disahkan positif hanya dalam durasi 28 hari.

Centaurus

Penyelidik di European Centre for Disease Prevention and Control juga menyifatkan varian Centaurus boleh menular atau mampu memicu jangkitan lebih kritikal.

TERUS BERMUTASI DENGAN VARIAN KEBAL

Iklan

Mengulas lebih lanjut, Kinane menjelaskan, SARS-CoV-2 sebagai virus korona dilihat akan terus bermutasi yang mana akan muncul varian baharu yang lebih mudah berjangkit pada masa hadapan.

Lebih teruk, mutasi itu membolehkan virus lebih kebal terhadap imuniti yang telah dibina melalui vaksinasi atau jangkitan semula jadi.

Centaurus

“Justeru, penting untuk orang ramai memahami bahawa inisiatif vaksinasi lebih cenderung untuk mengurangkan jangkitan daripada simptom teruk.

“Pun begitu, tidak mustahil individu yang lengkap dengan vaksin boleh dijangkiti kerana imuniti vaksin semakin berkurangan selepas bulan ketiga,” katanya yang menggalakkan orang ramai terus memakai topeng pelitup muka sebagai langkah penjagaan.

Baca juga Mula dikesan di Britain, ini 10 fakta tentang varian terbaru Omicron XE

Iklan

Reuters dalam kemas kininya melaporkan, sebanyak 40,342 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam di Korea Selatan, 108,000 kes di Jepun manakala India mencatatkan 525,709 jangkitan dengan 20,528 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

CENTAURUS

Di Malaysia pula, varian Centaurus masih belum dilaporkan. Namun, sebanyak 13 kes subvarian Omicron termasuk lima kes varian Omicron BA.5 telah dikesan di Malaysia sejak 30 Jun lalu.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dan memakai topeng pelitup muka ketika berada di tempat awam. #kitajagakita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan