PRODUK kosmetik ditakrifkan sebagai produk yang diguna pakai untuk membersih, mewangi, memperbaiki/mengubah rupa, mencantikkan dan mengekalkan badan dalam keadaan baik pada anggota luar badan, anggota kelamin serta di dalam mulut.
Kalau dilihat kepada takrifan, produk kosmetik hanya disyorkan penggunaanya pada permukaan dan luaran badan sahaja.
Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produk-produk yang dimakan, diminum dan juga disuntik tidak dikategorikan dalam kumpulan produk kosmetik.
Sementara, produk kosmetik tiruan atau palsu didefinisikan sebagai produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang atau racun berjadual yang berbahaya dan mampu memberi risiko kepada kesihatan pengguna.
PARA pengamal perubatan dan juga penyelidik di negara ini bimbang dengan kemunculan pelbagai produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang.
Menurut Pensyarah Kanan, Mikrobiologi Perubatan, Sekolah Perubatan Antarabangsa, Management and Science University (MSU), Dr Muhd Ridzuan Pauzi, kemunculan produk-produk kosmetik tiruan di pasaran tempatan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Katanya, situasi itu amat membimbangkan bagi pengamal-pengamal perubatan dan juga penyelidik di negara ini.
Berdasarkan statistik pada tahun ini, KKM di bawah Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPRA) telah mengesan 15 produk kosmetik tiruan yang terdapat di pasaran tempatan. Produk ini diarahkan untuk dikeluarkan dari pasaran kerana mengandungi bahan terlarang dan juga racun berjadual yang dilarang oleh KKM," katanya.
Risiko besar
Dr Muhd Ridzuan yang juga Ketua Kumpulan Penyelidik Pembangunan Produk Semula jadi berkata, dalam kalangan masyarakat kita, penggunaan produk tiruan atau dikenali sebagai produk kosmetik timbang kilo yang tidak terkawal mampu memberi risiko kepada kesihatan pengguna.
Penggunaan bahan terlarang seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin dikesan paling banyak terdapat dalam produk kosmetik tiruan yang ada di pasaran tempatan, katanya.
Penggunaan bahan terlarang seperti hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan dalam produk kosmetik seperti krim pencerah dan juga krim bagi menghilangkan masalah pigmentasi bukan sahaja boleh menyebabkan struktur kulit makin menipis, malah boleh menyebabkan kemerahan dan kegatalan pada kulit pengguna," katanya.
PENGHASILAN sesuatu kosmetik bukan boleh dibuat sebarangan sebaliknya memerlukan penyelidikan yang teliti dan rapi.
Ujar Dr Muhd Ridzuan, penggunaan hydroquinone tanpa kawalan juga boleh menyebabkan kulit pengguna akan menjadi kemerahan dan ruam yang boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Begitu juga dengan penggunaan merkuri dan tretinoin yang tidak terkawal dalam produk kosmetik.
Iklan
Ia bukan sahaja boleh menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit bahkan mampu boleh menyebabkan penyakit kronik seperti buah pinggang dan kerosakan saraf.
Ini merupakan sebahagian daripada bahan-bahan terlarang yang dicampur di dalam produk kosmetik tiruan bagi memberi kesan yang cepat dan berkesan pada pengguna tanpa menggira risiko yang akan penggguna hadapi," katanya lagi.
Impak pada ekonomi
Isu penggunaan dan penjualan kosmetik tiruan yang tidak terkawal dalam pasaran tempatan sekarang ini bukan hanya memberi implikasi kepada sektor kesihatan, malah juga mampu menjejaskan sektor ekonomi negara terutama bidang kecantikan (industri spa) dan juga perubatan estetik , ujar Dr Muhd Ridzuan.
Pandangan negatif masyarakat tempatan dan juga antarabangsa terhadap sektor kecantikan atau estetik di negara ini mampu memberi impak yang tinggi, sekali gus boleh mengurangkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanan produk kosmetik yang dihasilkan di negara kita melalui penghasilan yang betul seperti penyelidikan dan analisis makmal," ujar beliau.
Menurut Dr. Ridzuan lagi, kesan kepada sektor penyelidikan dan pembangunan produk kosmetik dan estetik di institut penyelidikan dan pengajian tinggi tempatan boleh terjejas dengan penjualan produk kosmetik tiruan dengan berleluasa.
PENGGUNAAN dan penjualan kosmetik tiruan yang tidak terkawal dalam pasaran tempatan boleh menjejaskan sektor ekonomi negara terutama dalam industri spa dan perubatan estetik.
"Dengan adanya produk kosmetik tiruan ini, penerimaan masyarakat terhadap produk yang berasaskan penyelidikan dan analisis makmal akan menurun.
"Pengguna akan lebih memilih kepada produk kosmetik tiruan yang mengandungi bahan terlarang berbanding produk yang berasaskan penyelidikan disebabkan oleh keberkesanannya yang cepat pada kulit tanpa mengira risiko kesihatan yang perlu di hadapinya.
Iklan
"Hal ini perlu dicegah dan penguatkuasaan perlu ditingkatkan bagi menghalang penjualan produk kosmetik tiruan ini terus berleluasa di dalam pasaran tempatan," katanya.
Peranan pengguna, syarikat kosmetik
Sebagai pengguna yang bijak, kita seharusnya meneliti produk kosmetik yang ingin digunakan dengan mendapatkan maklumat yang betul dan tepat berkenaan dengan sesuatu produk kosmetik yang ingin dibeli, kata Dr Muhd Ridzuan.
Katanya, perkara asas yang perlu diambil kira adalah kandungan atau bahan yang digunakan dalam penghasilan produk kosmetik tersebut selain daripada proses penyediaan yang baik dan berkualiti.
"Faktor ini membantu para pengguna untuk memilih produk kosmetik yang sesuai dan berkualiti sekali gus meningkatkan kesihatan pengguna.
Selain itu, pengguna juga seharusnya mengetahui fungsi dan penggunaan bagi setiap produk kosmetik yang dibeli dengan betul. Ini kerana penggunaan produk kosmetik yang betul sahaja mampu memberi kesan yang bagus, malah dapat menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi," katanya.
SELAIN penggunaan produk kosmetik yang betul, kita turut disaran mengamalkan diet seimbang dan pemakanan yang baik untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan mulus.
Pengguna yang bijak juga merujuk kepada pengamal profesional kesihatan bagi mendapatkan kefahaman dan nasihat yang betul bagi mengelakkan penggunaan kosmetik tiruan.
Sehubungan itu, mereka disarankan menggunakan laman web KKM di bawah NPRA bagi menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari www.npra.gov.my.
Laman web itu akan membantu pengguna mengetahui status sesuatu produk kosmetik sama ada ia dibenarkan atau tidak dipasarkan di pasaran tempatan.
"Dengan kemunculan media sosial yang semakin maju, penjualan produk kosmetik tiruan melalui media sosial terus meningkat dan berleluasa.
Oleh yang demikian, pengguna disarankan untuk meneliti status notifikasi atau kelulusan sesuatu produk kosmetik melalui platform laman web yang disediakan. Pengguna juga seharusnya tidak terpedaya dengan promosi penjualan kosmetik tiruan yang muncul di media sosial," katanya.
Kepada pengusaha syarikat kosmetik khususnya, kata Dr Muhd Ridzuan, mereka seharusnya mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi dalam penghasilan dan pemasaran produk kosmetik mereka.
SEMALAM tular satu video di laman sosial TikTok yang memaparkan sosok tubuh seorang lelaki yang cuba masuk ke dalam kenderaan seorang wanita.
Video yang dimuat naik oleh @Emma Zack itu telah mendapat 2.1 juta tontonan dalam masa kurang daripada 24 jam.
@emmazack521 #fypシ ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension...
BAGI yang mempunyai cahaya mata istimewa, sudah pasti banyak wang perlu dibelanjakan untuk membeli keperluan.
Tidak hanya keperluan, yuran untuk terapi dan pusat intervensi bagi anak-anak kurang upaya (OKU) juga perlu dilunasi.
Bagi yang tinggal di negeri Selangor, usah lepaskan peluang mendapatkan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) di...
SEORANG pemimpin yang disegani, presiden Indonesia ketujuh, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi sentiasa mendapat perhatian ramai.
Kesederhanaan pemimpin berusia 60 tahun itu menjadi bualan rakyat jelatanya. Sama-sama bersesak-sesak dengan orang ramai menaiki kereta api komuter, makan di restoran, membeli jajanan di kaki lima dan menaiki motosikal bersama...
DALAM usaha menyemarakkan pelancongan domestik seiring peralihan ke fasa endemik, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 dan lagu Cuti-Cuti Malaysia versi kedua.
Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) adalah salah satu...
SETIAP individu mempunyai minat dan hobi yang berbeza. Ada yang menyukai aktiviti santai, malah tidak kurang yang menggemari kegiatan lasak.
Bagi golongan gemarkan aktiviti riadah yang ekstrem, mereka beranggapan kegiatan itu dapat memuaskan segala keinginan dan meningkatkan keyakinan diri.
Biarpun aktiviti rekreasi ini berisiko tinggi dan agak berbahaya, ia...
AKTRES dan pengarah, Ellie Suriaty Omar berkongsi penceraiannya dengan suami, pelakon Azri Iskandar dalam prosiding Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur.
Menurut portal Getaran, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 itu telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Azri sebelum Ramadan yang lalu.
Ellie...
NAMPAKNYA pengumuman kerajaan membuka semua border dan pintu sempadan negara menyebabkan ramai yang berpusu untuk keluar negara ataupun datang ke negara kita Malaysia.
Disebabkan terlalu lama pintu sempadan ditutup dek kerana Covid-19, ramai antara kaki jalan mempunyai pasport yang sudah tamat tempoh.
Bagi yang ingin membuat pembaharuan pasport (PMA)...
SETELAH seminggu pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah, 29, selamat melahirkan cahaya mata lelaki, kini pasangan sama cantik sama padan itu mendedahkan wajah putera sulungnya.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman menerusi perkongsian di Intagram miliknya turut berkongsi nama permata hatinya iaitu Wan Khair Amir.
Jelas pemenang...
BARU-baru ini tular di laman sosial berkenaan tuntutan waris aristokrat Johor iaitu Datuk Bentara Luar, Datuk Muhamad Salleh bin Perang yang membabitkan jumlah bernilai lebih RM300 bilion.
Ia susulan terdapat beberapa aset tokoh berkenaan di beberapa daerah di Johor dan sehingga kini masih belum dipindah milik kepada waris...
BERITA baik buat pengguna Malayan Banking Berhad (Maybank), kini syarikat platform perbankan itu hadir dengan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai ATM Cash-Out.
Melaluinya, Maybank membolehkan pengguna untuk mengeluarkan duit daripada mesin ATM tanpa menggunakan kad sebaliknya hanya mengimbas kod QR.
Sebelum ini Maybank turut pernah hadir dengan ciri mengeluarkan...
SENTIASA percaya pada diri, penyanyi dalam pelakon Izzue Islam mengakui terbuka untuk menyahut cabaran dan mencari kelainan dalam kerjaya seni.
Jika sebelum ini, nama anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu begitu sinonim dengan bidang nyanyian dan lakonan, kini dia membuka langkah baharu menceburi dunia pengacaraan.
Izzue atau nama lengkapnya...
SETELAH lama tidak muncul di kaca televisyen (TV) mahupun layar lebar, pelakon Sharifah Sofia kembali mengubat rindu para peminat menerusi penampilan terbaharu dalam drama Scammer 2.
Menurut Sofia, 36, biarpun pembabitannya dalam drama sekuel arahan Norhanisham Labu Ahmad itu berlaku pada saat-saat akhir dan tidak dirancang, dia berasa...