KECIL-kecil cili api. Itu adalah peribahasa tepat mengenai negeri Melaka yang unggul sebagai destinasi pelancongan popular di Malaysia.

Melaka walaupun kecil sahaja pada peta negara ini, negeri terletak di pantai barat daya semenanjung itu adalah antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Rata-rata tempat menarik di Melaka adalah destinasi bersejarah yang mempunyai seni bina unik. Malah ada sesetengahnya telah berusia sehingga ratusan tahun.

Tahukah korang, bandar raya Melaka diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Tapak Warisan Dunia sejak tahun 2008?

Ia terpilih sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang tinggi nilainya.

Selain lokasi bersejarah yang masih terpelihara, berikut lima destinasi dikemas kini tahun 2021 wajib korang kunjungi apabila ke Melaka.

1. Pulau Undan

@tourismmelakaPulau Undan, Melaka. Bakal diwartakan sebagai Taman Laut Negara sedikit masa lagi. Boleh snorkeling tau kat sini. ##PulauUndan ##Melaka ##Fyp ##baiksemula♬ #BaikSemula – Faizal Tahir & Jaclyn Victor & Tuju & Siti Nordiana

Mungkin ramai yang tidak wujud pulau di Melaka yang membolehkan korang melakukan aktiviti snorkeling. Aktiviti itu boleh direalisasikan di Pulau Undan tidak lama lagi.

Pulau Undan ialah antara tiga buah pulau di Melaka yang bakal diwartakan sebagai Taman Laut Negara.

Ini bermaksud pelancong berkunjung boleh melakukan aktiviti yang dibenarkan seperti snorkeling, menyelam dan berkelah. Bagaimanapun, memancing tidak dibenarkan demi menjaga hidupan laut yang adadi pulau berkenaan.

Pengunjung boleh menaiki feri dan bot yang disediakan di Jeti Anjung Batu untuk ke pulau berkenaan.

2. Melaka River Cruise

Luangkan masa untuk menikmati pemandangan bandar raya Melaka dengan menyusuri Sungai Melaka menaiki Melaka River Cruise. Pengembaraan menaiki bot dimulai dari jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka.

Kemudian ia akan membawa korang melalui lokasi berikut seperti iaitu Bangunan Merah, Bastion Middleburg, Stadthuys, Bangunan Pra-Perang, Jonker Street, Masjid Kampung Hulu, Kincir Air, Eyes on Melaka dan banyak lagi. River cruise ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam.

3. Menara Taming Sari

Menara ini adalah salah satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan apabila berkunjung ke Melaka. Dibuka semula pada 1 Oktober lalu, menara setinggi 80 meter itu memberikan pemandangan sejauh lima kilometer.

Tempoh perjalanan selama tujuh minit pada ketinggian 110 meter, korang boleh menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks Tentera Udara Diraja Malaysia, Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Selain itu, keindahan Selat Melaka yang luas pasti memberikan kenangan manis yang sukar dilupakan.

Iklan

4. Ladang Buah-Buahan Tropika Melaka

Ladang seluas 65 ekar yang terletak di Pusat Latihan Pertanian, Sungai Udang menawarkan suasana alam semula jadi yang lebih dekat dan pada masa yang sama, menjalankan aktiviti keluarga.

Dilengkapi dengan semua kemudahan sukan dan rekreasi, ladang ini turut menawarkan aktiviti berkayak, memancing. Turut disediakan ialah mini zoo dan penginapan.

5. Zoo Melaka

Kembali beroperasi bermula 1 Oktober lepas, Zoo Melaka menempatkan lebih daripada 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika .

Iklan

Tarikan utama zoo kedua terbesar di Malaysia itu ialah badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa.

Tidak hanya boleh dilawat pada siang hari, Zoo Melaka turut menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad yang membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan. Ia bermula dari jam 8.00 malam hingga – 11.30 malam.

Diberi jolokan sebagai Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah, negeri kaya budaya Baba dan Nyonya ini membariskan puluhan lagi lokasi menarik.

Sementelah perjalanan ke Melaka hanya mengambil masa kurang dua jam dari ibu negara, justeru, ia wajar dimasukkan ke dalam senarai destinasi pelancongan tempatan yang wajib korang dikunjungi.

Baca juga Tengah Rancang Bercuti Di Pulau Langkawi? Ini 12 Resort Tepi Pantai Yang Best

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Tourism Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka Tropical Fruit Farm, Zoo Melaka & Taman Burung