PULAU Langkawi ialah salah satu destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan pelancong dari dalam luar dan dalam negara.

Pengumuman Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang memilih pulau legenda itu sebagai lokasi projek rintis gelembung pelancongan domestik diharapkan dapat mengembalikan nadi dan nyawa sektor ekonominya yang rata-rata bersangkut rapat dengan pelancongan.

Dalam pada itu, seorang rakyat pulau berkenaan, Alia Ali menyuarakan enam pendapatnya sebagai ingatan kepada bakal pengunjung yang bakal membanjiri pulau berkenaan 16 September ini.

1.PAKAI PELITUP MUKA, PENJARAKAN SOSIAL

Katanya, pengunjung diingatkan untuk memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal bagi mengelakkan jangkitan dan kepentingan bersama ketika berada di sana.

“Ya, saya tau hang dah vaksin. Ya, kami pun dah vaksin jugak. Tapi masih ada yang belum atau tidak boleh vaksin, seperti orang yg ada penyakit lain atau budak-budak.

“Jaga kesihatan awam. Kalau kes kat sini naik, hang nak cuti kat mana pulak?” tulisnya.

Penjarakan fizikal yang terbaik yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia ialah sekurang-kurangya sejauh satu meter.

2.BAWA KAD VAKSIN

Para pengunjung diingatkan untuk mengikuti SOP untuk memasuki mana-mana premis ketika berada di pulau legenda itu. Ini termasuklah menggunakan aplikasi MySejahtera atau mendaftar masuk secara manual dengan betul.

“Ingat untuk register kat MySejahtera kalau nak masuk kedai atau tulis nama kat buku rekod.

“Kalau hang tak nak register nanti peniaga kena bayar saman melampau. Depa tak mampu,” katanya.

3.MENJAGA TINGKAH LAKU DAN BERADAB

Budi bahasa budaya kita. Justeru, Alia turut mengingatkan para pengunjung untuk menjaga tingkah laku dan sopan ketika berurusan dengan sesiapa sahaja.

“Perangai elok sikit. Memang kesian dah lama tak cuti kan? Tapi ini bukan bermakna yang hang boleh perangai kurang sopan.

“Hang bukan raja. Sentiasa prihatin dan baik hati apabila berinteraksi dengan waiter, cashier, driver dan lain-lain. Depa pun manusia jugak,” tulisnya.

4. JANGAN BERI MAKANAN KEPADA HIDUPAN LIAR

Haiwan liar seperti monyet banyak didapati di sekitar pulau peranginan itu, Justeru, korang jangan cuba-cuba memberinya makan kerana ia boleh mengundang tingkah laku negatif haiwan berkenaan.

“Jangan beri makanan kepada hidupan liar. Monyet tu comel, whatever, tapi monyet sepatutnya duduk di hutan.

“Monyet yang biasa diberi makan oleh manusia akan mula makan sampah dan juga kacau manusia lain. Saya dah kena, trauma tak kelakar ok,” kata Alia.

Iklan

5.JANGAN SOKONG TOUR OPERATOR TIDAK BERETIKA

Ujar Alia, korang juga perlu mengelakkan daripada mengikut sahaja arahan pengendali pelancongan yang mungkin tidak mengikut etika. Ia seperti memberi makanan kepada haiwan di pulau itu khususnya burung helang.

“Jangan sokong tour operator tidak beretika. Kalau depa ada buat eagle feeding, Jangan ikut.

“Selalu tour operator akan baling lemak ayam untuk tarik perhatian helang. Ini memang tak elok untuk kesihatan helang. Helang pandai cari makan sendiri. Tengok dari jauh je cukup please,” terang Alia.

6.JAGA KEBERSIHAN, ELAK BUANG SAMPAH MERATA-RATA

Kehadiran sampah sarap acapkali menyakitkan pandangan mata, lebih-lebih ketika melancong untuk merehatkan minda. Justeru, perihal kebersihan juga turut dizahirkan wanita itu.

“Jangan buang sampah merata.Ini pulau. Manpower nak handle sampah kat sini tak terer macam kat mainland. Jangan perangai macam monyet. Buang sampah betul-betul.

“Kalau tong penuh, pegang dulu sampai jumpa tong kosong. Kalau saya nampak ada buang merata, saya suruh hang telan,” tulis Alia dalam nada seloroh.

Iklan


Dalam pada itu, bagi Alia dan rakan-rakan turut mengumpul dana dan menghulurkan bantuan golongan yang memerlukan di sekitar pulau berkenaan.

Bantuan dalam bentuk makanan dan barangan keperluan termasuk susu bayi dan lampin disalurkan melalui Langkawi Fund.


Dalam pada itu, Pengerusi Task Force Gelembung Pelancongan Langkawi, Saiful Anwar Azmi berkata pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sempena pembukaan semula Langkawi mulai Khamis akan dilakukan tertumpu kepada tiga zon yang menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Zon satu melibatkan sekitar kawasan Pekan Kuah hingga ke Ayer Hangat, manakala zon dua meliputi kawasan dari Ayer Hangat hingga ke Pantai Kok dan zon tiga dari Pantai Kok hingga ke Pantai Tengah.

Saiful Anwar yang juga Pegawai Daerah Langkawi berkata, sebanyak enam jawatankuasa kecil diwujudkan di bawah Task Force Gelembung Pelancongan Langkawi yang berperanan memastikan projek rintis gelembung pelancongan itu berjalan lancar

Diharapkan agar info ini dapat dimanfaatkan buat kita semua yang mungkin merancang untuk ke Pulau Langkawi pada masa akan datang.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @thealia