PELAKON Mia Ahmad selamat bersalin anak keduanya pada petang Khamis. Berita tersebut dikongsi suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Ahmad Izham Tarmizi menerusi Insta Story miliknya semalam.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang tadi.

“Terima kasi atas doa kalian semua,” kongsi Izham.

Bagaimanapun dalam perkongsian tersebut tidak dinyatakan lebih lanjut tentang keadaan dan status jantina cahaya mata kedua pasangan ini.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa, yang kini berusia dua tahun.

Iklan

 

Iklan

(FOTO: Instagram Ahmad Izham Tarmizi)