WALT Disney Studios hari ini mengumumkan penangguhan filem Mulan akibat penularan virus koronavirus (Covid-19) yang telah menjadi pandemic di seluruh dunia.

Filem Mulan sepatutnya menemui penonton di Malaysia pada 26 Mac ini. Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang tarikh baharu untuk filem yang diadaptasi dari filem animasi berjudul sama itu.

Iklan

Nasib sama juga turut berlaku kepada dua lagi filem Disney iaitu The New Mutants dan filem seram, Antlers yang akan dijadualkan semula tarikh tayangan kelak.

Iklan
THE NEW MUTANTS DAN ANTLERS
Dua lagi filem Dsney turut menerima nasib sama.