BEBERAPA hari lalu, banyak perkongsian orang ramai di laman sosial berkenaan musim bunga Sakura yang kini memenuhi sesetengah tempat di negara kita.

Cantik dan mendamaikan! Ibarat menikmati musim bunga di Jepun dan Korea Selatan dah!

Begitulah juga suasana yang boleh digambarkan di Gombak, Kuala Lumpur ini.

Kawasan Tol Gombak dalam sekelip mata berubah apabila pokok-pokok di situ mula mekar dengan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu putih sejak seminggu yang lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook Asal Gombak, beberapa foto yang dimuat naik amat mencuri perhatian warganet.

'Musim Sakura' di Gombak bagai di Jepun, Korea Selatan

Perkongsian itu juga telah mendapat hampir 3,500 tanda suka (like) dan hampir lebih 2,000 perkongsian.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan kecantikan tersebut dan turut akan mengambil peluang bergambar dengan panorama indah itu.

Muhamad Zulfika – Kan cantik tu, aku rasa baik Malaysia tanam pokok ini banyak-banyak, buat satu taman khas, mana tau akan jadi tarikan dunia, memang cantik.

Muhammad Sidqi Muhammad Naim – Bolehlah Kementerian Pelancongan promosi kepada orang luar (pelancong) bila Covid-19 reda nanti. Musim ‘Sakura’ di Malaysia hujung Mac setiap tahun. Pilihan lebih murah dan hangat dari Jepun.

Michiko Muhammad – Kalau ikut jadual negara empat musim…. Memang time blossom pun.

Selain itu, ramai juga yang turut berkongsi gambar Sakura di tempat masing-masing seperti Batu Pahat, Port Dickson, Puchong, Kuis, Alor Setar, Klang, Damansara dan sebagainya.

Sebenarnya bunga-bunga itu merupakan pokok Tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea.

'Musim Sakura' di Gombak bagai di Jepun, Korea Selatan

Iklan

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Hortikultur Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sakinah Idris berkata lazimnya bunga yang sering dijadikan hiasan landskap tersebut akan mula mekar selepas musim kemarau yang disusuli musim hujan.

Menurutnya, biasanya bunga tersebut akan mekar dua kali setahun iaitu sekitar hujung Mac hingga awal April dan hujung Ogos sehingga awal September, namun ia bergantung pada tempoh musim panas dan hujan.

Baca juga Peluang bercuti atas kapal mewah sempena perayaan Aidilfitri

Sakinah juga pernah membuat kajian berkaitan tumbuhan berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan itu turut senada dengan pandangan masyarakat untuk memanfaatkan keindahan musim tersebut sebagai produk pelancongan.

Katanya kepada portal tempatan, jika di negeri utara seperti Kedah suasananya bertambah cantik memandangkan cuaca kemarau yang lebih nyata dan lama, tapi di negeri lain seperti Kuala Lumpur juga kalau boleh diperbanyakkan bagi menarik minat pelancong.

Iklan

Tempat korang pun ada suasana macam ni? Kongsilah dengan kami.

'Musim Sakura' di Gombak bagai di Jepun, Korea Selatan