PENYANYI dan pelakon, Mya Matahari dilaporkan meninggal dunia akibat kanser, hari ini.

Difahamkan Maya atau nama sebenarnya  Meyanaliza Ruslee, 44, menderita penyakit tersebut sejak setahun lalu, namun merahsiakan daripada pengetahuan ramai.

Sebelum ini penyanyi lagu Matahari itu pernah mendapatkan rawatan di China dalam usaha untuk mengubati penyakitnya itu.

Iklan

Berita pemergian Mya itu dikongsikan beberapa rakan artis termasuk Haiza dan Ieda Moin.

Iklan

Mya merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim kelima dan penyampai radio Best FM.