SELEPAS beberapa hari mendiamkan diri, penyanyi Nabila Razali tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden ‘terkucil’ ketika menyanyi secara langusng single terbaharunya, Peluang Kedua di program MeleTop Mega Raya Ria, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagramnya, pemilik nama sebenar, Nur Nabila Razali, 28, mengakui kesilapannya dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada masa akan datang.

“Saya mohon maaf kerana mengecewakan anda semua. Saya tidak meletakkan kesalahan itu kepada sesiapa, melainkan diri sendiri.

“Saya akan memperbaiki diri pada masa depan. Saya pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya,” tulis Nabila.

Dalam hantaran yang sama, Nabila yang juga merupakan bintang kelahiran Akadami Fantasia 2013 turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan rakan-rakan yang menghubunginya untuk memberikan kata semangat.

“Kepada yang DM, WhatsApp dan hubungi saya untuk tenangkan saya, terima kasih banyak sebab selalu ada bersama dan berikan kasih sayang (anda tahu siapa diri anda).

“Saya sememangnya sangat perlukannya. Saya doakan segala yang baik-baik untuk anda semua,” katanya.

Iklan

Beberapa hari lalu, video nyanyian Nabila yang ‘terkucil’ itu tular dan menjadi bualan hangat warganet. Kemampuan vokal Nabila terus dipertikai, selain menerima pelbagai kecaman.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, pelantun lagu Pematah Hati itu mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis dan peminat setianya yang terus memberikan kata-kata semangat buatnya.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Nabila Razali)