PELAKON Nadia Brian terpaksa direhatkan beberapa hari daripada menjalani penggambaran disebabkan kaki terseliuh.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika Nadia mengisi masa terluang dengan bermain badminton, sementara menunggu giliran memulakan babak lakonan dalam drama Rudy VS Jolie, arahan Shuhaimi Lua.

Nadia menerusi Instagram story miliknya semalam mengesahkan kejadian tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan bertanyakan khabarnya.

“Ya saya jatuh terseliuh semalam ketika sedang bermain badminton,

“Memang teruk sehingga saya kena gunakan kerusi roda untuk bergerak. Keadaan kaki saya sangat bengkak dan jadi biru.

“Bagaimanapun saya dah makan ubat dan sekarang tunggu kaki sembuh semula,” ujar Nadia.

Iklan

Pengarah drama tersebut, Shuhaimi Lua turut berkongsi foto Nadia sedang ditolak dengan menggunakan kerusi  roda selepas mendapatkan rawatan.

“Get well soon Nadia. Satu kemalangan berlaku. Malang tidak berbau. Untuk dua tiga hari, heroin kita tak ada kat set lah,” ujar Shuhaimi.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Nadia Brian & Shuhaimi Lua)