Nadzmi, Ardell timang cahaya mata sulung

June 5, 2020
Oleh Wawann Mohd

PELAKON Ardell Aryana,  selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada jam 2.22 pagi tadi. Berita gembira tersebut dikongsi suami Ardell, Nadzmi Adhwa, 27, menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tidak tidur dan tidak lekang mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua,” luahnya penuh kesyukuran.

Menurut Nadzmi, istrerinya itu bersalin secara normal setelah berjuang menahan sakit selama lebih 16 jam.

“Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 jam.

“Tak tahu nak cakap macamana perasaan tu. Sedih, sayu, gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.

Iklan

“Terima kasih Dr. Khamsiah Muda kerana sama sama berjuang dengan Ardell. Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua,” ujar Nadzmi.

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada peminat dan pengikutnya Instagram pasangan itu yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah selain doa buat mereka berdua.

Iklan

Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

 

(FOTO: Instagram Nadzmi Adhwa)

About Wawann Mohd

Biodata Penulis