PELAKON Nabila Huda berkongsi berita sedih atas kehilangan neneknya, Indon Ramli yang meninggal dunia pada petang Rabu.

Bintang filem M4M4  itu berkongsi berita tersebut dan meluahkan rasa sedih atas kehilangan itu menerusi laman Instagramnya.

“Hari ini Abil nak luah perasaan dengan korang. Dalam hidup kita mesti ada perkara yang paling kita takut. Macam Abil, paling takut dengan kehilangan. Abil tak pernah melalui kehilangan dalam hidup.

“Never imagine life without someone I love. I always scared of losing someone in my life. Sebab Abil takut tak boleh nak lalui atau Abil tak tahu macamana nak lalui.

“Abil takut nak lalui perasaan itu dan selalu fikir kuat ke Abil untuk menghadapi situasi itu. Tapi hari ini, 6 Mei 2020, Abil kehilangan nenek, dia pergi jam 7 tadi,” luahnya.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 36, Allahyarham  merupakan insan yang menjaga dan membesarkannya sejak kecil.

“Dialah nenek yang jaga dan membesarkan Abil dari kecil. Nenek dah tak ada. Perkara yang paling Abil takut dalam hidup terjadi pada hari ini. Seriously, I’m lost.

“Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas. Abil tengah cuba untuk memahami keadaan ni,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Nabila turut meminta orang ramai yang mengenali nenek sebelah ibunya itu agar mendoakan yang terbaik buat Allahyarham.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram yang turut sama mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat buat Nabila.

Iklan

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Nabila Huda)