1. ageLOC LumiSpa iO peranti dwitindakan lebih berhasil membuatkan kulit wajah lebih menawan

NU Skin, peneraju global dalam produk kecantikan dan kesihatan berkualiti premium, melancarkan peranti pintar serba baharu, ageLOC LumiSpa iO baru-baru ini.

Naib Presiden, Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia dan Brunei, Hendrix Wong, berkata, produk tersebut merupakan satu peranti dwitindakan dan dikatakan lebih berhasil membuatkan kulit yang lebih mempesona.

Dihubungkan dengan aplikasi Nu Skin Vera, ageLOC LumiSpa iO membolehkan si pemakai memfokuskan rejim penjagaan kulit pada bahagian tertentu seperti pada muka dan leher.

“Dengan teknologi ayunan proprietary micropulse, inovasi tersebut akan merangsang dan membersihkan kulit, menutup liang pori serta memberi pembaharuan kepada kulit lebih berkesan.

“Teknologi ini juga membolehkan pengguna menanggalkan kotoran, minyak, solek dan bahan pencemar tanpa rasa rengsa. Selepas hanya sekali penggunaan, ia akan menyuntik kegembiraan pengguna apabila kulit mereka menjadi lebih lembut dan licin,” katanya.

BACA LAGI: Menghadap telefon, tablet terlalu lama boleh percepatkan penuaan kulit. Sunplay Skin Aqua boleh bantu selesaikan

BACA LAGI: Mahu kulit flawless umpama selebriti Korea, cuba guna NUDESKIN hasil kerjasama dengan pakar dermatologi

Sementara itu, mengenai aplikasi Nu Skin Vera, Hendrix berkata, ia merupakan satu ‘bimbingan pintar’ untuk seseorang menyasarkan rawatan yang optimum atau mencipta rejim kulit yang sesuai dengan wajah.

Teknologi kecerdasan buatan atau AI juga boleh mengenal pasti kemungkinan masalah anda dengan hanya satu klik pada foto peribadi.

Selain dilengkapi dengan senaman tutorial, aplikasi berkenaan juga menyediakan panduan langkah demi langkah tentang apa yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Hebat bukan?

Untuk pembelian, boleh berbuat demikian di platform Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi