ANUGERAH Akademi 2021 atau turut dikenali sebagai Oscar edisi ke-93 ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Malam kemuncak acara berprestij yang mengiktiraf penggiat filem seluruh dunia dunia yang sepatutnya berlangsung pada 28 Februari itu telah dianjakkan ke 25 April 2021.

Berikutan itu, pihak penganjur, The Academy of Motion Picture Arts and Sciences turut melanjutkan tarikh tutup penghantaran pencalonan filem yang bertanding sehingga Februari tahun depan, sekali gus menyaksikan senarai pencalonan diumumkan pada 15 Mac 2021.

Iklan

Keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira impak Covid-19 yang telah menyebabkan banyak penggambaran filem terpaksa ditangguhkan.

Iklan

Acara Oscar sebelum ini pernah ditangguhkan sebanyak tiga kali dalam sejarah penganjurannya.