DARIPADA banyak pilihan berlibur, glamping (berasal daripada gabungan perkataan glamour dan camping) telah menjadi salah satu opsyen yang menarik dan semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini.

Masakan tidak, selera pelancong masa kini nampaknya mengarah kepada desain unik dan dekat dengan alam semula jadi.

glamping

Di luar negara, glamping dikategorikan sebagai pelancongan secara nomad (nomadic glamping)

Akhbar berpengaruh di United Kingdom (UK), The Guardian melaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan di Eropah pada Mac lalu akibat Covid-19, 33 hingga 45 peratus rakyat di UK memilih konsep glamping.

Ramai yang berpendapat, idea sebuah khemah yang dilengkapi dengan infrastruktur hotel lima bintang merupakan sentuhan dan cetusan idea yang luar biasa.

Di Malaysia, Tiarasa Escape yang dikendalikan oleh selebriti terkenal tanah air, Tiara Jacquelina menjadi tumpuan dalam kalangan pengunjung tempatan sejak kebelakangan ini.

glamping

Terletak di Lorong Enderong, Janda Baik, Pahang, Tiara membangunkan  21 khemah safari dan lima rumah pokok di atas tanah seluas 2.8 hektar yang dikelilingi dengan hutan rimba, sungai dan kolam buatan.

Kepada SinarPlus, pemegang watak Gusti Putri dalam filem Puteri Gunung Ledang itu berkata, pengalaman berharga yang dikutip sepanjang kembara ke luar negara telah banyak membantunya membuahkan idea termasuk konsep glamping di negara ini.

Artikal berkaitan: Tidur dalam pembetung paip, konsep unik jadi buruan ramai dengan harga berbaloi

“Saya mahu kongsikan keunikan glamping yang ada di luar negara untuk semua. Saya mahu mereka rasai sendiri suasana tidur di rumah pokok mahupun khemah mewah tanpa perlu pergi jauh.

“Pada masa sama, saya ingin bawakan pengalaman dan momen terindah buat pengunjung yang mahukan ikatan kekeluargaan lebih erat tanpa gangguan gajet di dalam hutan yang sejuk dan mendamaikan,”katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

glamping

Selain dekorasi mewah kamar ala safari, keindahan landskapnya menjadi faktor utama Tiarasa Escapes menjadi magnet tarikan.

Bunyi cengkerik, sapaan angin pagi dan malam bakal membuatkan percutian anda menenangkan dan lebih bermakna.

Ujar Tiara, premisnya juga menyediakan pelbagai sajian unik dan autentik seperti laksa Sarawak, nasi ulam, sushi nasi lemak serunding, onde-onde pelangi dan cekodok pisang.

“Kami juga menyediakan pakej Tiffin Lunch dan Tiffin Picnic by the Riverside untuk mereka yang mahu menikmati sajian di tepi sungai.

“Semua sayuran dan ulam ditanam secara organik berhampiran resort dan dijadikan sebahagian daripada  menu masakan kami di Rasa by The Rainforest,”katanya.

glamping

Di samping itu, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dicuba seperti menonton di layar kaca gergasi, barbeku dan  lain-lain.

Tiarasa Escape

  • Alamat: Lorong Enderong, Janda Baik, Pahang
  • Pakej: Bermula RM990 hingga RM2000
  • Facebook: Tiarasa Escapes
  • Instagram: @tiarasaescapes
  • Web: www.tiarasaescapes.com
  • Promosi: Diskaun 30 peratus (tempahan hari biasa) sehingga hujung tahun dan diskaun 15 peratus untuk pakej kumpulan (tempahan sebelum 31 Disember 2020)
  • Pencapaian: 3 Anugerah Malaysian Landscape Association Awards (MLAA) 2019

Pahat kenangan di Tanah Aina Fahad

TANAH Aina Fahad yang terletak di Hutan Simpan Ulu Dong, Pahang sebenarnya merupakan antara resort terawal yang mengimplemenkan konsep glamping di Malaysia.

glamping

Beberapa rakan penulis yang pernah berpengalaman bermalam di sana memberitahu, singgahan mereka di sana sangat berbaloi.

Pintu masuk lokasi itu sudah cukup mengujakan, itu belum kira laluan ke Tanah Aina Fahad yang dihiasi landskap yang teratur dan penuh kehijauan, komen mereka.

Berkeluasan dua hektar, pemiliknya, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil mengakui, keunikan resortnya adalah terletak pada konsep glamping yang diterapkan.

glamping

 

Menjadikan ia bertambah menarik, kesemua khemah mewah didirikan bersebelahan dengan Sungai Dong.

Bayangkan seketika bagaimana anda ditemani bunyi deruan air sungai yang tenang mengalir ketika tidur dan berehat.

Seperti kata Shariffa Sabrina, sesiapa yang pernah mengunjungi resortnya pasti akan teruja melihat kejernihan air Sungai Dong yang dikatakan antara paling cantik di Malaysia.

glamping

“Saya boleh katakan air sungai di sini paling asli, masih terpelihara dengan baik ibarat sungai kelas pertama,”tuturnya.

Selain keunikan Sungai Dong menjadi nilai tambah buat Tanah Aina Fahad, konsep kamar mewah yang dilengkapi kemudahan berkelas tinggi menjadi faktor premis pelancongan itu sentiasa dipenuhi orang ramai.

Dari segi keselesaan, ramai menyatakan mereka mendapat kepuasan yang optimum.

Kepada pencinta sukan lasak, Shariffa Sabrina mempelawa anda meneroka hutan rimba di situ.

Wanita itu juga sememangnya dikenali sebagai pengusaha yang sangat menitikberatkan soal pemakanan para pengunjungnya.

glamping

Benar, Tanah Aina Fahad memang tidak pernah mengecewakan apabila tanpa gagal menyediakan hidangan bertaraf lima bintang.

Jika kunjungan pembaca pada musim buah-buahan, peluang menikmati durian atau rambutan memang terbuka luas.

Artikal berkaitan: Istana Sangkut percikan aura P Ramlee, air terjun viral jadi port lepak baharu hujung minggu   

Jangan tidak percaya, kesemua buah-buahan termasuk sayur-sayuran adalah daripada hasil tanaman kebun organik Shariffa Sabrina sendiri.

Perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Tanah Aina Fahad, Raub hanya memakan masa kurang dari dua jam. Jangan ketinggalan mendapatkan promosi diskaun 25 peratus hingga hujung tahun ini!

Iklan

Tanah Aina Fahad

  • Alamat: Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang
  • Pakej: Bermula pada harga RM270 hingga RM1,740 (termasuk 4 bufet makanan sehari dan jurupandu hutan)
  • Facebook: Tanah AinaInstagram: @tanahaina
  • Web: http://www.tanahaina.com
  • Promosi: Diskaun 25 peratus bergantung kepada penginapan yang dipilih
  • Anugerah:HAPA Entrepreneur Awards Series 2018-2019
  • SME & Entrepreneurship Business Award 2018
  • Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018
  • The Winner 2018 Trophy Awards, Sao Paulo, Brazil
  • Inspirational Company by The Bizz Europe 2018

A‘moss Farmstay destinasi glamping di Cameron Highlands

MENIKMATI pemandangan matahari terbit dan terbenam di dalam khemah mewah pada suhu mencecah 15 darjah selcius, dikelilingi kebun bunga dan sayuran segar pasti menjadi satu pengalaman mengujakan.

glamping

Itulah keunikan yang cuba ditonjolkan Ruban Segaran, pemilik A‘moss Farmstay yang menjadi pilihan baharu pengembara di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang.

Meskipun, terdapat tiga kamar di A‘moss Farmstay yang direka bentuk kubah (dome), permintaan daripada pengunjung memang tidak putus-putus sejak premis itu mula dibuka pada 15 September 2019.

Artikal berkaitan: Dari Sekinchan ke Kuala Selangor, rasai pengalaman bermalam di pinggir sawah padi

Ruban berkata, beliau hanya mengenakan caj bermula pada harga RM180 hingga RM300 untuk percutian glamping itu.

“Kami memiliki dua khemah berbentuk kubah yang memuatkan satu katil queen dengan kelengkapan satu tempat tidur gantung, pemanas air, kelengkapan mandi, tuala dan cerek elektrik.

“Satu lagi yang sentiasa menjadi rebutan adalah sebuah khemah berbentuk dorm yang boleh memuatkan dua katil, namun kelengkapan yang disediakan sama dengan dua khemah lain,”ujarnya kepada SinarPlus.

glamping

Melihat kepada komentar mereka yang berkunjung ke lokasi ini, ramai teruja dengan pemandangan hebat sebuah kawasan tanah tinggi dan jauh daripada hiruk-pikuk kota.

“Siapa yang tak teruja jika buka pintu saja, ladang teh terbentang luas di depan mata dan siapa yang tak mahu tidur dengan alunan bunyi serangga dan burung yang ‘mencipta lagu baharu‘ setiap masa.

“Hembusan angin bayu setiap kali matahari terbit dan terbenam membuatkan kita tak mahu ucapkan selamat tinggal dengan farmstay ini,” kata pengunjung yang memberi komen di laman web percutian, Agoda.

Iklan

A‘moss Farmstay

  • Alamat: Kampung Gerak Sepadu, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
  • Pakej: Bermula RM180 hingga RM300
  • Facebook: A‘moss Farmstay
  • Instagram: amoss_farmstay
  • Web: www.amossfarmstay.com

3 konsep glamping harga berpatutan

MEMANG tidak dinafikan percutian berkonsepkan glamping lazimnya agak mahal sedikit.

Pun demikian, SinarPlus berjaya mencari beberapa resort atau calet yang menawarkan konsep serupa pada harga yang berpatutan.

Jangan risau, tiga lokasi yang dicadangkan itu masih mempunyai tarikan menarik seperti alam semula jadi seperti hutan kecil dan pantai.

Berikut ada lokasi glamping yang terdapat di Sabah, Melaka dan Terengganu yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus untuk bercuti.

Crocodile Rock Villas

glamping

  • Alamat: Pulau Perhentian Kecil, Terengganu
  • Pakej: Bermula pada harga RM250
  • Facebook: Crocodile Rock Villas
  • Instagram: @crocrockvillas
  • Web: www.crocodilerockvillas.com

Cabana Retreat

glamping

  • Alamat: Kampung Rampayan Laut, Jalan Kudat, Kota Belud, Sabah
  • Pakej: Harga bermula pada RM150 hingga RM200
  • Facebook: Cabana Retreat
  • Instagram: @cabanaretreat
  • Web: www.cabanaretreat.com

Orchard Go Daddy Nature Safari Camp Resort

glamping

  • Alamat: 63, Kampung Brisu,
  • Lubok China, Melaka
  • Pakej: Harga bermula RM150
  • hingga RM270
  • Facebook: Orchard Go-Daddy Safari Camp
  • Instagram: @OGDsafariofficial
  • Web: http://www.orchardsafari.com