SELEPAS Sky Mirror yang terletak di Kuala Selangor, Selangor menjadi tumpuan ramai, terdapat satu lagi destinasi yang kini menjadi bualan ramai iaitu Blue Tears.

Terletak berdekatan dengan Sky Mirror, Blue Tears terhasil daripada fenomena fitoplankton yang mengeluarkan cahaya biru terang.

Keadaan itu akan menjadikan laut kelihatan bercahaya dengan warna kebiruan yang sungguh mempesonakan.

Fitoplankton merupakan sejenis tumbuhan marin yang hanyut di permukaan air dan akan menghasilkan pancaran rona biru sebaik bertindak balas dengan air laut.

blue tears kuala selangor

Pegawai Pelancongan, Unit Pelancongan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Sazlan Hakeem Mazalan ketika dihubungi berkata, Blue Tears atau Air Mata Biru merupakan satu penemuan luar biasa di Kuala Selangor.

“Sebenarnya lokasi ini baru saja ditemui pada awal tahun 2019. Semuanya bermula apabila beberapa pengusaha pelancongan swasta yang menawarkan pakej ke Sky Mirror memberi makan kepada burung helang di kawasan kuala sungai. Ketika itu, mereka menyedari wujudnya kilauan bercahaya berwarna biru.

Baca juga Dari Sekinchan ke Kuala Selangor, rasai pengalaman bermalam di pinggir sawah padi

“Rentetan itu, pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan mereka (pengusaha pelancongan swasta) untuk menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan unik dikenali yang dikenali sebagai Blue Tears,” katanya.

blue tears kuala selangor

Ujar Sazlan, untuk melihat keajaiban Blue Tears, pelancong akan dibawa menyusuri pantai Kuala Selangor dengan bot khas yang sedia menunggu di Jeti Pekan Lama, Kuala Selangor bermula sekitar jam 8 malam, 9 malam dan 10 malam.

“Operator kemudian akan memberhentikan bot di tengah laut bagi memberi peluang kepada mereka untuk melihat Air Mata Biru yang sangat memukau.

Baca juga Kampung ‘berhantu’ di Scotland dijual bawah RM1 juta. Siap ada pantai peribadi dan bangunan bersejarah kurun ke-17

“Jika mahu pegang, operator akan membantu mengambil sampel air laut dalam bekas yang disediakan dan inilah masanya untuk berswafoto bersama kenalan atau keluarga tersayang,” katanya.

Iklan

blue tears kuala selangor

Di luar negara, fenomena fitoplankton boleh disaksikan di Mosquito Bay, Puerto Rico; Koh Rong, Kemboja; Pulau Vaadhoo, Maldives dan paling popular di Pulau Matsu, Taiwan.

Dalam pada itu, Sazlan berkata, selepas Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan, MPKS terus memperhebatkan promosi lokasi tumpuan di Kuala Selangor melalui media sosial sempena program Pusing Selangor Dulu yang diperkenalkan kerajaan negeri.

Baca juga Masih kekalkan rumah limas Johor dan Melaka guna tanggam, Trata` Leka imbau nostalgia lama

Antara destinasi menarik yang boleh diisi dalam kalendar pelancongan orang ramai adalah seperti Rumah Api Bukit Malawati, Kompleks Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor, selain Blue Tears dan Sky Mirror.

Iklan

blue tears kuala selangor

Blue Tears Kuala Selangor

  • Lokasi: Jeti Sky Mirror Pekan Lama Kuala Selangor
  • Masa: Bermula jam 8 malam hingga 10 malam
  • Harga: RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak)
  • Laman web: skymirrortour.com

Bukan sahaja di Kuala Selangor, Selangor yang mempunyai fenomena Blue Tears, malah pemandangan yang sama boleh dilihat di beberapa lokasi lain di negara ini.

Antaranya di perairan pantai Perak, Sabah dan Sarawak. Difahamkan, kawasan-kawasan itu turut memiliki destinasi lain menarik yang terletak berdekatan seperti keindahan dasar laut dan batu karang semula jadi.

Baca juga Seolah-olah berada di perkampungan Inggeris. Sixty Nine Avenue Residence jadi tumpuan ramai

Berdasarkan carian, berikut empat lokasi yang mungkin boleh dilawati untuk percutian pembaca SinarPlus akan datang:

blue tears kuala selangorPulau Sembilan

  • Lokasi: Bagan Datuk, Perak
  • Fakta: Pulau Sembilan yang tidak berpenghuni itu terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor turut memiliki keunikan Blue Tears.
    Pulau Sembilan terdiri daripada sembilan gugusan pulau kecil seperti Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga dan Pulau Buluh.
  • Foto: tripadvisor.com

blue tears kuala selangorPantai Tusan

  • Lokasi: Bekenu, Miri, Sarawak
  • Fakta: Fenomena bermusim yang berlaku di pesisiran Pantau Tusan mula tular pada tahun 2015 apabila foto Blue Tears berjaya dirakam oleh seorang jurugambar profesional.
    Tarikan lain di situ ialah tebing batu yang berbentuk kepala kuda dan laluan gua. Ia menjadi tumpuan pelancong yang sanggup berjalan sejauh 30 kilometer ke tempat tersebut.
  • Foto: theborneopost.com

Jangan lupa follow kami di Instagram!

blue tears kuala selangor

Pulau Mantanani

  • Lokasi: Kota Belud, Sabah
  • Fakta:  Fenomena Blue Tears yang ada di pesisiran Pulau Mantanani dikatakan agak bahaya kerana terdapat banyak obor-obor yang menjadikan fitoplankton sebagai sumber makanan.
    Selain memiliki kejernihan air dan keindahan batu karang, pulau yang berbentuk seperti pisau itu juga mempunyai hidupan dugong yang masih terpelihara.
  • Foto: xploresabah.com