KETIKA merancang percutian, lebih ramai antara kita yang mementingkan lokasi yang ingin disinggah berbanding dengan hotel penginapan.

Ini kerana bilik hotel hanya sekadar tempat untuk melelapkan mata dan meletakkan barang. Justeru, untuk penjimatan, hotel-hotel bajet akan menjadi pilihan.

Di Kemamam, Terengganu misalnya, hotel bertaraf dua atau tiga bintang agak  mudah untuk ditemui.

Jika pembaca SinarPlus bijak mencari, anda boleh menginap di hotel bajet dengan servis umpama berada di premis bertaraf empat atau lima bintang.

hotel bajet

Daripada lambakan hotel di negeri itu, SinarPlus mengesyorkan pengunjung untuk menempah Hotel Seri Geliga yang terletak di bandar Kemamam.

Pengusahanya, Mohd Uwis Al Qarni Mohamad berkata, pihaknya berjaya mentransformasikan lot kedai dua pintu menjadi sebuah hotel bajet yang cantik.

Baca juga Percutian yang dirindukan, tiket makin murah, ramai tak sabar nak keluar melancong. Ini lokasi cadangan kami…

Usaha itu kata beliau, telah mendapat respons yang baik daripada pengunjung yang pernah datang bertandang.

Ujar kontraktor sektor galian minyak dan gas itu, hotel tiga tingkat tersebut merupakan premis pertama yang melaksanakan prosedur pembersihan lengkap mengikut piawaian Petronas Technical Standard (PTS).

hotel bajet

“Ketika pengusaha hotel bajet lain terpaksa gulung tikar kerana wabak Covid-19 sejak Mac tahun lalu, hotel ini beroperasi seperti biasa kerana terpilih menjadi pusat kuarantin untuk kakitangan Petronas.

“Selepas ujian calitan dilakukan, mereka akan menginap di sini sebelum dibenarkan memulakan kerja. Ini bermakna, hotel kami sangat mementingkan kebersihan dan sentiasa disanitasi.

Baca juga Hotel lima bintang jual nasi bajet RM2

Baca juga Rumah tradisi 200 tahun menjadi tumpuan dunia, padanlah vila warisan ini tersenarai destinasi wajib singgah di Langkawi

“Jadi, orang ramai yang ingin berkunjung ke sini bersama keluarga tersayang, janganlah gusar kerana kami amat menitikberatkan soal penjagaan demi membendung wabak Covid-19,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Berkenaan dengan harga, untuk bilik Super Single hanya RM60 semalam disertakan baucar percuma untuk set sarapan pagi di kafe. Bagi yang hadir bersama keluarga, pakej Queen dan Double Queen hanya bermula daripada RM100 hingga RM160 sahaja semalam (dengan sarapan pagi).

hotel bajet

Iklan

Hotel Seri Geliga juga diklasifikasikan sebagai paling strategik memandangkan berdekatan dengan Pantai Teluk Mak Nik yang terkenal dengan panorama yang indah, selain lokasi makanan viral seperti otak-otak dan satar.

“Premis kami juga berdekatan dengan pintu masuk sempadan Pahang ke Terengganu melalui jalan pantai.Pelancong juga boleh berjalan-jalan sekitar pekan Chukai yang unik dan menyimpan banyak sejarah.

“Deretan pokok pine yang tersusun cantik juga mendamaikan jiwa sekali gus menjadi lokasi menarik untuk berswafoto,” katanya.

hotel bajet

Dengan 28 unit bilik dilengkapi dengan kemudahan asas yang selesa dan memuaskan hati, SinarPlus boleh katakan Hotel Seri Geliga merupakan satu pilihan yang baik di Kemamam.

Lebih meyakinkan, hotel yang didirikan pada tahun 2017 itu diiktiraf sebagai hotel bebas asap rokok sempena Anugerah Pensijilan Blue Ribbon 2019.

Iklan

Hotel Seri Geliga

  • Alamat: Jalan Geliga Besar, Kemaman, Terengganu
  • Harga: Bermula RM60 hingga RM160
  • Facebook: Hotel Seri Geliga Kemaman
  • Instagram: @hotelserigeliga

hotel bajet

Hotel-hotel bajet di pantai timur Semenanjung Malaysia memang tidak terkira banyaknya. Pun demikian, tidak semua yang mengambil kisah tentang soal kualiti dan keselesaan.

Bagi pengusaha hotel yang bijak, walaupun premis mereka bertaraf bawah tiga bintang, jika segala prasarana yang dikehendaki oleh pelancong disediakan, pasti ia akan menarik perhatian ramai.

Baca juga Lazada, Wonderfly, trip.com beri tawaran harga menarik untuk percutian singkat di hotel dan taman tema. Jom rebut…

Berikut SinarPlus cadangkan empat hotel bajet lain yang boleh ditempah sekiranya anda bercadang untuk bercuti di sekitar negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

hotel bajet

Arenaa Batik Boutique Hotel

  • Alamat: Jalan Dato‘ Wong Ah Jang, Taman Mahsuri, Kuantan, Pahang
  • Harga: Harga bermula RM51
  • Facebook: Arenaa Batik Boutique Hotel Kuantan

hotel bajet

De Chukai Hotel

  • Alamat: Jalan Bakau Tinggi, Chukai, Terengganu
  • Harga: Harga bermula RM68
  • Facebook: De Chukai Hotel

hotel bajet

Dynasty Inn

  • Alamat: Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan
  • Harga: Bermula RM77
  • Facebook: Dynasty Inn Kota Bharu

hotel bajet

Rest And Comfort Boutique Hotel (RAC)

  • Alamat: Dataran Panji, 1-A, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Harga: Bermula RM87
  • Facebook: RAC Boutique Hotel