MINAT seorang pesara terhadap filem-filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee telah memberi ilham kepadanya membina calet yang dinamakan Istana Sangkut di atas tanah kebun seluas 1.8 hektar.

Istana Sangkut merupakan salah satu babak yang dipaparkan dalam filem Do Re Mi.

Tidak cukup dengan itu, Ismail Abdul Manaf turut menamakan beberapa bilik di caletnya di Desa Chatel, Laloh, Kuala Krai, Kelantan itu dengan nama Jagindas, Sujama, Mumbala, Karambit, Katipang dan Baragas yang merupakan watak-watak dalam filem Enam Jahanam.

Bagi menambah lagi daya tarikan, Ismail turut mengaplikasikan konsep pondok pelbagai bentuk termasuk konsep segi tiga dan U pada kamar-kamar calet.

rekreasi hut

Kepada yang suka konsep perkhemahan, ahli perniagaan itu turut menyediakan khemah gergasi yang boleh memuatkan lapan hingga 10 orang dengan bayaran semalam RM100 sahaja.

“Asalnya saya mahu bina penginapan berbentuk pembetung paip gergasi, namun pada saat akhir, saya tukar rancangan.

“Alhamdulillah sambutan cukup menggalakkan dan stail segi tiga menjadi pilihan ramai selain desain U dan buluh. Harga semalam hanya RM60,” kata anak jati Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai itu.

rekreasi hut

rekreasi hut

Sebagai tambah nilai, keindahan air terjun Lata Rek yang terletak bersebelahan dengan penginapan Istana Sangkut bakal menjadikan percutian pengunjung yang bertandang ke sana lebih menggembirakan dan bermakna.

Apa lagi yang boleh dibuat di calet yang mendamaikan itu? Jawab Ismail: “Selain mandi-manda, pengunjung juga boleh membuat pelbagai aktiviti lain seperti pengembaraan pacuan empat roda, flying fox, aktiviti merentas air termasuk memasak sendiri.”

rekreasi hut

Konsep pondok segi tiga bukan sahaja terdapat di Kelantan, malah beberapa negeri lain juga mengimplemenkan konsep serupa.

Lebih menarik, terdapat pengusaha menyediakan kolam renang khas untuk si cilik selain menampilkan keunikan pada calet mereka dengan mengecat bilik-bilik tempat penginapan dengan pelbagai rona seperti warna pelangi.

Terdapat juga lokasi yang mempunyai landskap yang cantik untuk pengunjung berswafoto.

Iklan

Nah! SinarPlus senaraikan empat destinasi rekreasi lain untuk dipertimbangkan pembaca sempena Jom Rileks minggu ini:

D‘Teratai Anggun Sepintas

rekreasi hut

  • Alamat: Lot 178, Batu 2, Sepinta, Sabak Bernam, Selangor
  • Pakej: Bermula RM120 hingga RM250
  • Facebook: D‘Teratai Anggun Sepintas
  • Instagram: @dteratai.anggun

Masbro Village Homestay Boutique

rekreasi hut

Iklan
  • Alamat: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput, Jalan Paya Rumput Perdana, Melaka
  • Pakej: Harga bermula RM280
  • Facebook: MasBro Village 1
  • Instagram: @masbrovillage

Little Tanjung Chalet

rekreasi hut

  • Alamat: Kampung Tanjung, Kampung Kedawang, Langkawi, Kedah
  • Pakej: Harga bermula RM139 hingga RM219
  • Facebook: Little Tanjung Chalet
  • Instagram: @littletanjung

Nipah Guesthouse Pangkor

rekreasi hut

  • Alamat: Teluk Nipah, Pangkor Perak.
  • Pakej: Harga bermula RM180
  • Facebook: Nipah Guesthouse Pangkor
  • Instagram:@nipah.guesthouse