Macam-macam boleh buat di Cameron Highlands selama 2 hari. Port nombor 3 memang orang selalu serbu

cameron highland
September 12, 2020
Arziana Mohmad Azaman

CAMERON HIGHLAND yang terletak di Pahang sememangnya destinasi percutian paling popular di Malaysia.

Rakan penulis yang baru ‘turun’ dari tanah tinggi itu dua minggu lalu memberitahu, pada hari biasa pun, orang ramai tetap ramai di lokasi berkenaan.

“Nampaknya, orang ramai macam ‘berdendam’ je nak pergi bercuti selepas terperap lama kat rumah gara-gara Covid-19 ini.” Demikian katanya ketika kami berjumpa baru-baru ini.

Masakan tidak, kedudukan geografi Cameron Highland memang strategik. Jadi, mudahlah untuk ajak famili untuk percutian singkat pada hujung minggu.

Kalau anda bertuah dan pantas, so lucky kalau dapat menginap di beberapa hotel mewah dan ala Inggeris. Apabila bangun pagi, memang terasa seperti baru bangun atas awan dengan kabus yang memenuhi ruang balkoni pada waktu pagi.

Sekitar jam 9 hingga 10 pagi, panorama bukit-bukau menghijau membuatkan diri terasa tenang. Ala-ala staycation di luar negara tetapi sebenarnya hanya di Cameron Highland. Paling penting, bajet lagi terjaga dan berbaloi.

Kalau kena dengan masa, harga booking hotel boleh didapati pada harga murah. Hanya di hujung jari sahaja, destinasi pilihan yang dikehendaki boleh terus ditempah sekelip mata.

cameron highland
BOLEH buat tempahan di Hotels.com, Agoda Hotel dan OYO Rooms untuk perbandingan harga lebih menarik.

Nah! SinarPlus kongsikan port menarik yang barangkali anda terlepas pandang terutama kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di Cameron Highland.

1. Opah Strawberry Farm

CAMERON HIGHLAND

Terkenal dek harga yang murah untuk aktiviti memetik buah strawberry di Taman Sedia, Tanah Rata. Ramai juga yang singgah di sini untuk membeli jem buatan sendiri selain memetik buah untuk dijadikan buah tangan.

2. Kea Garden Mini Chalet

CAMERON HIGHLAND

Namanya sahaja sudah buat ramai teruja. Lokasinya tidak jauh dari pasar Kea Farm yang popular itu dan keindahan taman bunga dengan susunan calet yang menawan membuatkan ramai sanggup redah trafik luar biasa. Bagaimanapun, kena meredah 2 jam hingga 3 jam tiada hal demi sampai ke destinasi.

3. Cameron Valley Bharat Tea

CAMERON HIGHLAND

Tempat tumpuan ini bukan sahaja semata-mata untuk menikmati secangkir teh, jika rajin berjalan. Bolehlah sewa buggy untuk turun ke lereng bukit untuk melihat dengan lebih dekat jambatan mini dan air terjun viral bersama keluarga. Cantik tempatnya tau!

4. Lavender Garden

CAMERON HIGHLAND

Wangi semerbak bunga lavender yang tumbuh segar di taman ini. Apa yang paling best, aiskrim lavender yang berwarna ungu itu. Memang tak sah kalau tidak makan dessert ini jika datang ke sini. Taman strawberry pun ada ya!

5. Taman Agroteknologi MARDI

CAMERON HIGHLAND

Jika tidak mahu bersesak di Brinchang, bolehlah bawa anak-anak kecil ke sini untuk berjalan-jalan menikmati landskap yang sangat menawan. Jika bertuah, boleh beli serunding strawberry dan aiskrim yang menjadi menu signatur sebagai buah tangan.

About Arziana Mohmad Azaman