HANYA menggunakan sisa bahan kitar semula sebanyak lebih 300 kilogram, pulau terapung yang menempatkan seekor ungka (gibbon) betina yang diberi nama Pinky ini menjadi tarikan baharu di Sunway Lagoon, Selangor.

Sekali pandang, seperti sebuah istana kecil di tengah tasik Sunway Lagoon ini sambil ditemani dua pasang angsa berwarna hitam dan putih. Macam cerita fairy tale pula.

Bukan calang-calangnya, Upcycled Floating Island buatan manusia itu dihasilkan daripada kepingan styrofoam, botol plastik dan tong klorin dalam tempoh hanya 14 bulan sahaja.

Tambah menarik, Upcycled Floating Island ini juga adalah hasil titik peluh  lapan individu yang bertanggungjawab membina pulau comel tersebut dengan kos mencecah RM150,000.

gibbon island

Menurut Penolong Kanan Sunway Lagoon, Magendaran Marimuthu, projek itu selari dengan visi dan misi untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu Matlamat 15: Kehidupan di darat, untuk melindungi, memulihkan dan mempromosikan penggunaan ekosistem terestrial secara lestari.

“Fokus SDG dikenali seluruh dunia dan focus kami adalah kelestarian dan pembelajaran yang berpanjangan menjadikan Sunway Lagoon tarikan terbaik di Asia. Kami juga bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya untuk mengitar semula.

“Kami percaya pulau buatan manusia ini dapat memberikan kesedaran kepada semua, khusunya tentang pelbagai langkah yang boleh dibuat untuk melindungi alam sekita,” ucapnya dalam majlis pelancaran pulau itu baru-baru ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanyakan? Apa istimewanya puteri gibbon ini sehingga ada istana sendiri di tengah tasik?

gibbon island

Iklan

Pinky yang berusia 15 tahun itu dikenali sebagai lar gibbon merupakan spesies terancam dalam keluarga Hylobatidae iaitu ungka kenit.

Hylobatidae ini juga tergolong dalam golongan keluarga mawas yang bertangan putih selain mempunyai variasi bulu berwarna hitam, coklat gelap dan perang.

Tangan dan kaki gibbon ini kalau dilihat dengan jarak dekat, berwarna putih dan mempunyai kolar berwarna putih selain mempunyai muka yang berwarna hitam.

Iklan

gibbon island

Nak lihat haiwan eksotik ini lebih dekat? Jangan bimbang kerana ada bot khas disediakan untuk melihat pulau terapung dengan lebih dekat.

Seronok juga dapat pusing-pusing tasik sambil tengok Pinky dengan anak kecil. Ramai juga yang tertanya-tanya bila Pinky ni nak ada pasangan? Hihihi