PENYANYI yang kini sedang hit dengan lagu Sembah, Naim Daniel meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah individu yang masih tidak bersatu dalam keadaan dunia berdepan musibah akibat wabak pandemik, Koronavirus (Covid-19).

Menurut pemenang Juara Lagu Anugerah Juara Lagu ke-34 itu, masyarakat sepatutnya bekerjasama dengan saat-saat getir begini.

“Hari ini, tak ada lagu, hari ni aku penat. Penat dengan semua benda yang jadi di Malaysia disaat kita dilanda musibah Covid-19.

“Penat dengan manusia yang nak jadi Tuhan, penat dengan manusia yang bertelagah sesama sendiri sedang sepatutnya kita bekerjasama dalam saat saat yang getir begini.

“Penat dengan manusia yang tak tahu betapa beratnya pengorbanan pihak bertanggungjawab untuk memastikan kita semua sihat dan mampu jalani hidup seperti biasa, penat dengan langit Malaysia sekarang.

“Aku penat. Dan aku percaya korang yang membaca ini pun turut sama penat,” luahnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam posting berkenaan, Naim turut berkongsi video zikir yang memaparkan kepenatan anggota perubatan.

http://www.instagram.com/tv/B-cDTNgBIMj/?utm_source=ig_web_copy_link

Iklan

Malah pelakon itu turut mengajak orang Islam khususnya untuk berbalik kepada asal, berbalik kepada ajaran agama dan ALLAH SWT.

“Tak apa, kita baliklah dulu. Kita balik ramai-ramai, ALLAH rindu kita semua. Macam mana buruk pun kau, macam mana jahat pun kau, macam mana solat tunggang terbalik pun kau, tak apa, kita balik dulu. ALLAH rindu. Ya, ALLAH rindu kau. Kau yang baca ini.

Iklan

“Kita balik dulu daripada segala hal hal yang berlaku sekarang ni, daripada yang atasan, yang bawahan, yang berasa layak berada di atas, yang berasa sering dibawah, kita balik dulu. ALLAH rindu.

“Kita semua penat. Tapi jangan berhenti untuk mensyukuri nikmat,” nasihatnya.