Pencetak yang lebih kompak dan jimat kos, Maxify GX5070 jadi pilihan pejabat moden
CANON memperkenalkan rangkaian siri Maxify Ink Efficient, pencetak inkjet versi perniagaan terbaharu, Maxify GX5070 dengan kebolehan tangki dakwat boleh diisi semula.
Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, fitur baharu berkenaan dinaik taraf dengan ciri pengendalian kertas, kelajuan dipertingkatkan dan kos pencetakan lebih rendah.
“Model ini melengkapkan lagi siri rangkaian Maxify GX6070 dan GX7070 yang kini sudah menembusi pasaran Malaysia,” kata jenama itu.
Selain memiliki mod ekonomi dengan penjimatan 21,000 dan 9,000 helaian berwarna dan skala kelabu, pencetak Maxify GX5070 juga berupaya mencetak di atas pelbagai jenis tekstur permukaan tanpa masalah.
Baca juga Canon perkenal mesin pencetak Cable ID Mk1500
Berikut perincian lain Maxify GX5070:
- Ciri dakwat pigmen menghasilkan cetakan kalis air pada kertas biasa dan kualiti seakan cetakan laser.
- Menawarkan kelajuan cetakan pada volume tinggi dengan kapasiti muatan kertas hingga 350 helai.
- Didatangkan dengan katrij penyelenggaraan yang boleh diganti sendiri dengan mudah.
- Saiz kompak menjimatkan ruang simpanan selain mempunyai sistem sambungan selamat tanpa wayar dengan WPA-Enterprise.
Baca juga Canon tampil bantu frontliners jaga keselamatan
Harga jualan bermula RM1,789. Untuk info lanjut, layari my.canon.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang