MEMAHAMI keperitan yang dilalui golongan yang kehilangan pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan alibat penularan wabak Koronavirus (Covid-19), penyampai radio Era FM, Radin dan Haniff Hamzah tampil menghulurkan sumbangan.

Menurut Radin atau nama penuhnya Radin Amir Effendi, 30, dia menggunakan sebahagian daripada gajinya untuk Mac bagi membantu membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Saya dengan rakan-rakan saya, Haniff Hamzah dan Diyana Amira mewujudkan satu grup whatsapp ‘Kami Bukan Kaya’ sebagai satu usaha kami nak tolong sesiapa yang memerlukan dalam keadaan sekarang ini.

“Kami belanjakan sebahgian daripada gaji kami untuk bulan Mac bagi meringankan beban orang lain yang tengah dalam keadaan yang memerlukan,” tulis Radin menerusi Insta Story.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan itu bukan kerana dia kaya, tetapi disebabkan pernah melalui keadaan yang sama sebelum ini.

Iklan

“Jika ada yang perlukan bantuan, bolehlah DM (Direct Message). Walaupun tak banyak, kami cuba sedaya upaya. Jika ada rakan-rakan lain yang ingin turut serta, kami alu-alukan.

Iklan

“Kami bukan kaya, tapi kami pernah merasa tiada,” katanya.