SKECHERS baru-baru ini melancarkan tiga reka bentuk terbaharu untuk rangkaian kasut larian berprestasi tinggi, GOrun yang dikatakan lebih stabil dengan ciri sokongan dipertingkatkan.

Tiga model tersebut yang tersedia dengan gaya bertali untuk lelaki dan wanita, GOrun Horizon Vanish 3, GOrun Trail Altitude dan GOrun Power itu dibangunkan dengan teknologi keselesaan tiada tandingan.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, desain baharu yang lebih berinovatif direka khas untuk rejim larian dan permukaan muka bumi yang berbeza.

Skechers

“Teknologi keselesaan yang diterapkan dalam setiap model menjadikan pengguna mudah bergerak pada jarak lebih jauh sekali gus meningkatkan lagi kualiti larian.

“Selain itu, inovasi fitur baharu juga dipertingkatkan dari segi pelapik tapak ARCH FIT dan Air Cooled Goga Mat, teknologi Hyper ARC™ dan banyak lagi,” kata jenama berkenaan.

Berikut perincian lain:

Skechers GOrun1. Skechers GOrun Horizon Vanish 3

  • Desain lebih ringan untuk pecutan larian dengan selesa.
  • Gabungan teknologi busa untuk sokongan lengkung pada pelapik ARCH FIT® dan ULTRA FLIGHT yang diperakui pakar podiatrist.
  • Dengan ciri Hyper ARC membantu transisi larian lebih lancar dan efisien.
  • Tapak luar dengan prestasi The Goodyear menjadikan kasut lebih tahan lasak untuk daya cengkaman pada permukaan jalan.

Baca juga SKECHERS x One Piece kembali, koleksi anime kegemaran ramai terbaharu dengan warna lebih wow!

Skechers GOrun2. Skechers GOrun Trail Altitude

  • Sesuai untuk mereka yang ingin berlari dengan selesa di luar trek.
  • Rekaan terbaharu dengan daya tarikan dan kestabilan yang dipertingkatkan itu selamat untuk laluan denai.
  • Selain kalis air, tapak luar jenis getah dan berbentuk traction lugs menambah cengkaman permukaan licin.
  • Dipertingkatkan dengan tekonologi OrthoLite, Air Cooled Goga Mat dan ultra ringan.

Baca juga Skechers lancar GOwalk 6, satu lagi keluaran kasut yang super selesa. Memang tak kalau beli

Skechers GOrun3. Skechers GOrun Power

  • Rekaan terkini dengan ciri responsif kusyen dalaman Ultra Fight™ untuk keselesaan maksimum.
  • Lebih ringan, lembut dan breathable melalui jahitan jejaring lembut.
  • Tapak luar jenis getah daripada The Goodyear® untuk cengkaman, kestabilan dan ketahanan yang dipertingkatkan.

Ketiga-tiga fitur baharu tersebut boleh didapati di kesemua outlet seluruh negara atau Shopee dan Lazada.

Skechers GOrunSempena pelancaran itu juga, Skechers turut menganjurkan Larian Maya Skechers GOrun Challenge 2022 untuk cabaran sejauh 5 kilometer (km), 10km, 21.1km atau 42.2km manakala untuk satu pasukan sejauh 1,200km.

Iklan

Acara yang dijangka bermula 20 Mei hingga 9 Jun itu terbuka kepada semua dan tempoh pendaftaran masih dibuka hingga 3 Jun ini.

Baca juga Cantik dan rambang mata dibuatnya. Jom melaram pelbagai koleksi kasut Skechers pada harga berpatutan sempena raya ini

Hadiah bernilai RM15,000 menanti kalian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari www.skechers.com.my.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI