BAGI menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-65, LEXUS yang merupakan salah satu jenama Munchy’s memperkenalkan Pek Keceriaan edisi terhad yang terbaharu.

Menariknya tentang pek berkenaan, ia menawarkan pelbagai perisa yang sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa untuk dinikmati bersama.

Secara keseluruhannya, ia mengandungi 13 pek mudah dalam empat perisa yang lazat iaitu Chocolate Cream Sandwich, Salted Vanilla Cream Sandwich, Dark Choc Cookies dan Choco Coated Cream.

Sebagai tambah nilai, setiap pembelian Pek Keceriaan akan dilengkapi dengan kad seni dan kraf Malaysia dan LEXUS yang direka khas.

Dengan empat reka bentuk untuk dikumpulkan, ibu bapa dan anak-anak kecil boleh menikmati keseronokan bersama keluarga dengan mewarnakan dan memotong kad untuk sesi bercerita yang menarik sambil menikmati biskut LEXUS Pek Keceriaan kegemaran ramai.

Sebagai pengeluar biskut tempatan yang mempunyai sejarah melebihi 30 tahun dan sebagai jenama biskut nombor satu Malaysia, pastinya LEXUS menawarkan biskut yang sedap dan sihat yang dibuat untuk seisi keluarga.

Anda juga akan mendapat kepuasan ketika meraikan saat-saat indah kehidupan.

BACA JUGA: Mudah, sihat dan ringkas. Bersahur dengan biskut Munchy’s Oat Krunch perisa kurma

BACA JUGA: Biskut Cip Coklat LEXUS Munchy’s baharu penuhi cita rasa ramai. Rangup dan memang sedap

Daripada sandwic krim hingga ke biskut cip coklat yang serba baharu, penggemar biskut boleh menikmati hidangan manis-savouri, coklat yang lazat atau kedua-duanya.

Seperti yang diperkatakan tadi, LEXUS Pek Keceriaan itu hanya boleh didapati dalam masa yang terhad sahaja.

Justeru, apa lagi? Cepat-cepat dapatkan. Satu lagi, LEXUS Fun Pack baharu yang berharga RM9.55 boleh didapati di pasar raya utama dan pasar raya besar di seluruh negara sekarang.

Eratkan silaturahim antara keluarga anda pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia ini dengan LEXUS Pek Keceriaan edisi terhad dan cipta kenangan abadi bersama!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Munchy (www.munchys.com) atau ikuti Munchy’s di Instagram (www.instagram.com/munchys.my).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan