Bersama Anlene, usia bukan lagi penghalang untuk kekal aktif dan bertenaga

JENAMA susu dewasa nombor satu di seluruh Asia Tenggara, Anlene kini kembali dengan kempen yang lebih mengujakan.

Menariknya ikon filem antarabangsa dan penyokong setia Anlene juga merangkap sebagai duta jenama, Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng turut bersama-sama menjayakan kempen #PergerakanTanpaBatasan.

Menerusi usaha itu, jenama susu berkenaan mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi batasan fizikal dan mental dengan kekal aktif.

Anlene dalam kenyataan menyebut, kebanyakan orang mempunyai persepsi bahawa mereka yang berusia sering berasa lemah, sakit, kurang bergerak dan tertekan.

Jadi, untuk membanteras stereotaip yang melulu itu, Anlene menjemput rakyat Malaysia menyertai kempen #PergerakanTanpaBatasan untuk mengajar tentang cara bergerak dengan lebih bertenaga dan fleksibel.

Langkah terbaik dalam menjaga kesihatan tulang adalah dengan menitikberatkan perihal pemakanan yang seimbang dan pengambilan nutrien seperti kalsium, protein, kolagen dan mineral.

HILANG KALSIUM

Menurut Penolong Pengurus Nutrisi Fonterra Brands Malaysia, Liew Yen Lee berkata, apabila usia seseorang semakin meningkat, tulang melalui proses kehilangan kalsium secara beransur-ansur.

“Apabila mencapai usia lanjut, penyerapan kalsium oleh usus akan semakin berkurangan, jadi adalah penting untuk golongan itu meningkatkan pengambilan nutrisi berkenaan. Hal yang sama turut berlaku kepada kolagen.

“Selain itu, pengambilan protein yang mencukupi juga penting untuk membantu mengekalkan jisim dan kekuatan otot bagi menjamin kualiti hidup,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Irene Cheah pula menerangkan, pengambilan Anlene Gold 5X yang dirumuskan secara saintifik dengan kalsium, protein, kolagen, 13 vitamin dan mineral dapat menyokong gaya hidup aktif.

“Kami boleh membantu rakyat Malaysia untuk menjaga tulang, sendi dan otot supaya mereka boleh terus bergerak dengan bebas dalam kehidupan.

“Pemakanan yang baik dan gaya hidup aktif merupakan asas membina dan mengekalkan kekuatan untuk penuaan yang produktif,” ujarnya.

USIA BUKAN PENGHALANG

Melihat kepada keberkesanan produk itu, bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh telah menunjukkan kerjaya yang cemerlang dan tidak menunjukkan tanda-tanda penamat.

Iklan

Lebih membanggakan, Michelle telah menerima pencalonan Anugerah Gotham kerana peranan utamanya dalam Everything Everywhere All At Once, mendapat pujian kritis.

Beliau telah membuktikan walaupun umur sudah memasuki 60 tahun, dirinya terus melangkah tanpa sempadan dan menentang tanggapan berkenaan usia lanjut bukan penghalang mencipta peristiwa penting dalam kehidupan.

“Pertama kali saya minum Anlene adalah 15 tahun lalu dan saya memilih untuk bekerjasama dengan jenama ini kerana falsafah mereka yang menarik.

“Dengan Anlene, ia membolehkan anda menjadi lebih kuat, bergerak dengan bebas dan menjalani kehidupan yang sihat walaupun usia meningkat,” ujarnya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Anlene layari www.anlene.com/my.

Iklan

Pembelian Anlene juga boleh dilakukan di platform e-dagang Lazada dan Shopee.

Baca juga: Menangis rindu anak, Mira Filzah ke Indonesia 5 hari, pam dan simpan susu dalam ‘cooler box’

Baca juga: Minta air panas, tapi pekerja Starbucks siap basuhkan botol susu. Lelaki ini cerita pengalaman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi