KREATIF dan unik! Itu antara komentar positif yang diberikan peminat Costa Coffee selepas jenama terkemuka itu melancarkan cawan bertemakan Ramadan dan sampul raya eksklusif baru-baru ini.

Menariknya, koleksi terbaharu cawan Costa Ramadan tersebut hasil kolaboratif pertama bersama artis tempatan, Sharina Shahrin yang menampilkan sentuhan tersendiri berkonsepkan kekeluargaan dan kebersamaan.

Ketua Pemasaran Costa Ekpress Malaysia, Lim Ju Lee berkata, tahun ini menandakan saat pertemuan semula yang cukup menggembirakan selepas berkurung akibat pandemik Covid-19.

costa coffee

“Justeru, Costa Coffee mahu meraikan musim perayaan kali ini melalui kolaboratif bersama Sharina untuk mereka bentuk cawan Costa Ramadan versi Malaysia dengan ilustrasi anak bulan, bunga raya dan kuih semperit.

“Kami turut memperluaskan kerjasama kami dengan memperkenalkan rekaan eksklusif pada sampul raya yang menyerlahkan seni visual motif batik dan budaya tempatan dengan tiga seleksi warna iaitu merah, hijau dan cream,” katanya.

Baca juga Sesuaikah minum kopi ketika berbuka dan bersahur? Berikut penjelasan pakar kimia

costa coffee

Sementara itu, Sharina berkata, raya adalah perayaan yang melambangkan kebersamaan dan pertemuan keluarga serta rakan-rakan untuk menyambut bulan kedamaian, kemaafan dan kesyukuran.

“Saya juga gembira kerana berpeluang untuk berkongsi nilai-nilai penting tersebut untuk mengetengahkan warisan budaya unik rakyat Malaysia sempena Ramadan dan Syawal ini,” katanya.

Baca juga Jangan salah anggap, kopi ada banyak khasiatnya. Ini fakta penting yang ramai tak tahu

costa coffee

Pada masa sama, Costa Coffee turut memperkenalkan minuman bermusim terbaharu, Rasa Raya Vanilla Frappe, Bandung Oat Bandung dan Salted Caramel Cappuccino yang wajib dicuba.

Iklan

costa coffee

Sajian signatur seperti Chicken Rendang Wrap dan Pandan Crunch Cake juga tidak mengecewakan untuk dinikmati sebagai juadah berbuka puasa.

Cawan Costa Ramadan boleh didapati di semua stor Costa Coffee dan Costa Coffee Mart Cafe di seluruh negara.

costa coffee

Iklan

Sampul raya edisi khas pula boleh ditebus dengan pembelian Bandung Oat Bandung atau Rasa Raya Vanilla Frappe bermula 7 April, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.facebook.com/CostaCoffeeMalaysia/.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI