Fernleaf Protein+ bantu peroleh kadar protein harian, susu kultur pastikan bakteria baik dalam usus

DEMI
membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih sihat dalam kalangan 30 juta rakyat Malaysia, Fernleaf memperkenalkan susu tepung Fernleaf Protein+.

Fernleaf Protein+ merupakan campuran susu tepung dan soya yang berkrim dan berprotein tinggi serta sesuai diminum seisi keluarga (seawal usia setahun ke atas).

Pengarah Pemasaran Fonterra Brands (M) Sdn Bhd, Irene Cheah berkata, produk sihat berkenaan mengandungi tiga jenis protein iaitu whey, kasein dan soya.

Setiap gelas mengandungi 10 gram protein iaitu 90 peratus lebih protein daripada susu tepung biasa, selain diperkaya dengan kalsium, vitamin B2 dan vitamin D.

“Walaupun kita boleh mendapatkan protein daripada ikan, ayam dan telur, namun dengan melengkapkan diet dengan minuman kaya protein seperti susu tepung Fernleaf Protein+, ia boleh membantu seseorang memperoleh kadar protein harian,“ ujarnya.

Dalam pada itu, bagi membantu menambah bakteria baik untuk usus, minuman susu kultur Fernleaf Probiotik+ diperkenalkan.

Satu-satunya minuman susu kultur di Malaysia yang mengandungi gabungan tiga jenis probiotik iaitu Lactobacillus rhamnosus HN001, Bifidobacterium animalis subsp. lactis (BB-12) dan Lactobacillus acidophilus LA-5, inovasi itu membantu mengekalkan fungsi usus yang baik bagi menyokong sistem pertahanan badan.

Iklan

Menurut Penolong Pengurus Pemakanan Fonterra Brands (Malaysia), Liew Yen Lee, apabila seseorang jatuh sakit, bakteria yang tidak baik mengambil peluang untuk membiak di dalam tubuh badan.

Iklan

Pengambilan probiotik secara kerap akan membantu meningkatkan fungsi usus dan memastikan bakteria yang baik dalam usus kita sentiasa berada pada tahap yang sihat,” katanya.

BACA JUGA: Garing di luar lembut di dalam, ini resipi mudah buat bingka susu lemak berkrim

BACA JUGA: Ini cara buat susu pekat manis sendiri, senang je guna 3 bahan

BACA JUGA: Muka dah mula muncul jeragat… cuba cara dua bahan ini hilangkannya