BAGI menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-40, Fitness Concept menyalurkan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk tabung Yayasan Jantung Malaysia.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha murni mereka dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ketua Pegawai Eksekutif Fitness Concept, Charinn Au Yong berkata, program CSR itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Lebih banyak kempen derma dan pemeriksaan kesihatan akan diadakan untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai.

“Pada masa sama, kami mahu menggalakkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan jantung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan replika cek kepada Bendahari Kehormat Yayasan Jantung Malaysia, Ainon Kuntom di Sunway Velocity Mall Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baca juga SOLE’s 3 IN 1 HIIT Trainer, mesin senaman Fitness Concept serba baharu dengan fungsi lebih canggih

Baca juga Laburkan sedikit wang demi kesihatan, treadmill Nordic Track Elite 800 pilihan alatan senaman terbaik

Ujar Charinn, sumbangan terkumpul tersebut juga diperoleh daripada orang ramai yang dianjurkan di cawangan Fitness Concept seluruh negara.

Iklan

Sebelum ini, kedai rangkaian pakar kecergasan terbesar di Malaysia itu telah menyokong Yayasan Jantung Negara sejak tahun 2006 melalui penajaan peralatan kecergasan bernilai RM30,000.

Selain itu, sumbangan wang tunai bernilai RM20,000 untuk membina gimnasium dan bilik pemulihan di bangunan baharu yayasan tersebut.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari www.fitnessconcept.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.